web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amirudin, Isteri Antara Individu Terawal Tunai Tanggungjawab Mengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 9:20AM

Amirudin Shari dan isterinya menunjukkan jari masing-masing yang berdakwat biru sebagai tanda telah selesai mengundi - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ialah antara individu terawal yang mengundi hari ini.

Beliau dilihat menunaikan tanggungjawab itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad pada jam 8.29 pagi.

Kedua pasangan itu juga menarik perhatian apabila tampil ringkas dengan hanya menunggang motosikal untuk mengundi di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Sementara itu di Hulu Kelang, seorang pengundi menarik perhatian ramai apabila muncul seawal jam 7.10 pagi untuk mengundi.

Berpakaian merah dan hitam, adik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Azwan Ali ialah antara pengundi terawal yang tiba sebelum pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate dibuka.

Dengan telefon pintar di tangan, Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA memberitahu media, beliau sedang membuat rakaman secara langsung dari pusat mengundi.

Hubungan antara Azwan dan Azmin sejak beberapa lama tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Tahun lalu,  beliau menyuarakan hasrat untuk bertanding menentang abangnya itu di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Azwan bagaimanapun membatalkan hasrat itu selepas mendakwa didatangi Allahyarham ibunya di dalam mimpi.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) pagi ini menyeru semua pemegang taruh di setiap negeri agar memastikan rakyat mereka keluar menunaikan tanggungjawab.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, usaha keras perlu dilakukan bagi memastikan kesemua 9.7 juta pengundi menjalankan tanggungjawab itu.

Dengan dipantau rapat pemerhati dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BERSIH, Fann yakin tidak PRN kali ini tidak akan dicemari oleh pengundi hantu.

“Saya yakin tidak akan wujud kes pengundi hantu, kerana ia dipantau rapat pemerhati SPR serta Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi (PACA),” katanya.

Sementara itu di Marang, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini pada jam 8.17 pagi. - The Vibes, 12 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah