web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gelombang PN Kedah Semakin Reda, Tok Det Yakin Mampu Beri Tentangan Sengit

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 9:18PM

Mahdzir Khalid optimis Kerajaan Perpaduan mampu melakar perubahan kali ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Perpaduan diyakini mampu memberi tentangan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah, berdasarkan situasi semasa yang semakin positif.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ribut taufan dibawa PN ke negeri itu semakin reda dan kian berlalu.

Menurut beliau, perubahan bermakna diyakini bakal melatari Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

“Gelombang yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, PAS cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan.

"Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih PAS di tengah jalan,” katanya.

'Tok Det' sempat melayan permintaan penduduk yang mahu bergambar ketika berkempen di Pedu hari ini
'Tok Det' sempat melayan permintaan penduduk yang mahu bergambar ketika berkempen di Pedu hari ini

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media sewaktu berkempen di Pedu, hari ini.

Mahdzir yang juga calon Kerajaan Perpaduan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu berkata, beliau dapat melihat bahawa penduduk setempat mula menyedari hakikat mereka tidak boleh mengetepikan BN begitu sahaja, khususnya selepas melihat kualiti khidmat antara wakil rakyat BN dan PN di kawasan tersebut.

"Dalam PRU-15, yang datang pada waktu itu bukan angin biasa-biasa sebaliknya ribut taufan yang menyebelahi PN. Penilaian untuk mengundi sudah tidak bergantung kepada khidmat tetapi lebih kepada sentimen agar terus menolak BN walau siapa pun calonnya.

"Disebabkan itu saya sering ingatkan agar rakyat mengundi kerana perkhidmatan dan bukan kerana gelombang. Fikir semula apa manfaat yang mereka terima jika sekadar menderu mengikut gelombang, tanpa menilai perkara-perkara lain termasuk khidmat bakal diberikan wakil rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, menyambung tugasan yang tergendala di DUN Pedu adalah perkara pertama akan dilaksanakan jika berjaya merampas semula kerusi berkenaan.

Mahdzir Khalid mahu menyambung tugas yang tergendala di DUN Pedu
Mahdzir Khalid mahu menyambung tugas yang tergendala di DUN Pedu

Katanya, majoriti penduduk amat dahagakan perkhidmatan berkualiti daripada seorang wakil rajyat yang mampu membantu mereka dalam pelbagai urusan.

“Ramai mahukan perkhidmatan berkaitan pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut. Sebagai wakil rakyat kena carilah mana-mana agensi atau tempat yang memiliki saluran untuk membantu rakyat. Sebagai contoh apabila mereka perlukan bantuan ketika anak-anak mula bersekolah atau mahu masuk ke universiti, ke mana mereka ini boleh disalurkan untuk mendapatkan bantuan? 

"Begitu juga untuk anak-anak yatim contohnya, kalau mereka memiliki keputusan baik, bagaimana caranya untuk membuka laluan bagi membolehkan mereka menyambung pelajaran? Kesinambungan itulah yang hilang selama ini. Jadi saya menyeru penduduk di Pedu supaya memberi saya peluang untuk menyambung semula titik-titik yang hilang itu untuk rakyat,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Politik 5 bulan yang lalu

"Buat Kerjalah Sanusi, Tak Perlu Sarkastik Sangat" - Mahdzir 

3

Gaya 9 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang