web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Ekstrem, Kami Lebih Selesa Dengan BN - Boon Som

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 8:45AM

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kecenderungan pembangkang memainkan sentimen perkauman dan agama mencetuskan kebimbangan ke atas komuniti Siam di Kedah.

Senario itu sedikit sebanyak menyebabkan mereka lebih memilih untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN), yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, pendirian tersebut disepakati komuniti Siam tempatan, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.

Menurut beliau, populasi pengundi Pedu yang turut meliputi 14 peratus komuniti Siam adalah antara fakfor mengapa BN kekal menjadi pilihan.

“Struktur pentadbiran BN yang berorientasikan kesederhanaan dan menekankan elemen keharmonian dalam segala dasar digerakkan, amat bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat Siam di sini.

“Majoriti pengundi Siam masih susah menerima parti yang ekstrem dalam perihal agama, justeru pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PAS bukan pilihan mereka,” katanya.

Mahdzir Khalid (dua kiri) beramah mesra dengan penyokong pada Hari Penamaan Calon DUN Pedu baru-baru ini — gambar fail
Mahdzir Khalid (dua kiri) beramah mesra dengan penyokong pada Hari Penamaan Calon DUN Pedu baru-baru ini — gambar fail

Boon Som berkata, kerajaan Kedah mutakhir ini melaksanakan pentadbiran berciri ekstrem dan ia satu perkembangan yang membimbangkan komuniti Siam.

“Dasar ekstrem ini menyebabkan masyarakat Siam agak risau masa depan mereka.

“Pedu mempunyai kira kira 14 peratus komuniti Siam dan undi Siam merupakan kunci utama bagi BN mengekalkan kerusi tersebut,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kekalahan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas sebenarnya banyak melibatkan saluran di Kuala Nerang.

“Di Pedu, 80 peratus masyarakat Siam memberi sokongan kepada Mahdzir. Sekarang, kerajaan perpaduan menamakan calon Siam kacukan Cina,  Bau Wong di Sidam.

“Ia diyakini berupaya meningkatkan sokongan Siam kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi tidak ada masalah kepad orang Siam untuk memberi sokongan penuh,” katanya.

Mahdzir Khalid (kiri) pada pertemuan dengan kepimpinan komuniti Siam seluruh Kedah di Alor Setar baru-baru ini - gambar fail
Mahdzir Khalid (kiri) pada pertemuan dengan kepimpinan komuniti Siam seluruh Kedah di Alor Setar baru-baru ini - gambar fail

Mahdzir sebelum ini dipetik sebagai berkata, beliau optimis Kerajaan Perpaduan mampu memberi tentangan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah, berdasarkan situasi semasa yang semakin positif.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu, ribut taufan dibawa PN ke negeri berkenaan semakin reda dan kian berlalu.

Menurut beliau, perubahan bermakna diyakini bakal melatari Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

“Gelombang yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, PAS cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan.

"Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih PAS di tengah jalan,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'