web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Bertenang, Jangan Tuding Jari Kepada Sesiapa’ - Mahdzir 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11:44AM

Mahdzir Khalid - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli akar umbi Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO diminta tidak menuding jari atas kekalahan Kerajaan Perpaduan di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua ahli diminta bertenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. 

"Saya nak berpesan kepada semua ahli UMNO dan BN untuk bertenang dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak. 

“Kita telah berusaha menawan hati pengundi, bukan hanya semasa kempen PRN sahaja, malah dari dulu lagi kita sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Tapi apabila rakyat mengambil keputusan tidak memilih BN, kita redalah dengan ketentuan Allah," katanya kepada media. 

Menurut beliau, BN akur dengan kekalahan dan menerima keputusan dibuat oleh rakyat. 

BN dan UMNO jelasnya, tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah dan pada masa sama, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. 

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera BN yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras sepanjang kempen PRN kali ini. 

“Kita akur dan menerima kekalahan ini kerana inilah adat pertandingan. Akan ada pihak yang kalah dan ada yang menang," katanya. 

Mahdzir berkata, BN tetap berlapang dada dan menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka. 

Mahdzir Khalid tewas kepada calon PN-PAS yang juga penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi - gambar fail
Mahdzir Khalid tewas kepada calon PN-PAS yang juga penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi - gambar fail

“Kami menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak untuk meletakkan kepercayaan di tangan Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri. 

"Saya menerima kekalahan saya di DUN Pedu dengan hati terbuka dan mendoakan semoga pengundi di Pedu akan mendapat segala kebaikan selepas membuat pilihan menolak saya dan mengekalkan wakil rakyat berkenaan,” katanya. 

Beliau tewas kepada calon PN-PAS yang juga penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi. 

Mahdzir atau turut mesra dikenali sebagai Tok Det memperoleh 8,024 undi, ketinggalan agak jauh dengan Mohd Radzi yang meraih 14,397 undi. 

Mantan Menteri Besar Kedah itu pernah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu selama dua penggal pada 2004 hingga 2013. 

Mahfuz Omar antara nama besar yang turut tewas di Kedah - gambar fail
Mahfuz Omar antara nama besar yang turut tewas di Kedah - gambar fail

Selain Mahdzir, dua nama besar PH-BN yang turut tewas ialah Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP negeri, Tan Kok Yew. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan penguasaan di DUN Jeneri dengan memperoleh 16,050 undi. 

Beliau menewaskan calon BN, Datuk Muhammad Khizri Abu Kasim. - Getaran, 13 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 2 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'