web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menang PRN Bukan Petunjuk Ada Kelemahan – Khairuddin 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 7:33PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam bukan satu petunjuk yang boleh diguna pakai untuk membuktikan kewujudan kelemahan atau kepincangan tatakelola. 

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia juga bukan petanda bahawa ada ketidaktelusan dalam pentadbiran atau berlaku sebarang kegagalan dan kekurangan dalam menguruskan pembangunan serta prasarana rakyat. 

Menurut beliau, kemenangan dalam pilihan raya juga tidak menghalalkan sebarang kemungkaran syariat dan akhlak. 

“Kemenangan diraih adalah peluang kedua untuk terus membaiki dan memperbetulkan. 

“Hormati hak demokrasi rakyat untuk memilih berdasarkan penilaian masing-masing,” katanya. 

Jelas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, sudah tiba masa untuk semua pihak menumpukan kepada gerak kerja bagi menunaikan amanah diberi rakyat. 

Keputusan PRN menyaksikan PH-BN dan PN kekal dengan status quo
Keputusan PRN menyaksikan PH-BN dan PN kekal dengan status quo

“Tiga negeri kekal kepada Perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) manakala tiga lagi negeri kekal di bawah Perikatan Nasional (PN). Pihak yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah segalanya. 

“Bagi yang kalah, terus sahaja bertugas melaksanakan semak dan imbang kepada yang menang,” katanya. 

Tegas beliau, menang dan kalah bukan penentu kepada kebenaran atau kesilapan dalam ijtihad politik kepartian kerana pilihan raya diadakan bagi meraikan perbezaan serta semangat perpaduan rakyat. 

“Persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan perlu terus diperkukuhkan, jangan diputuskan.  

“Berbeza tidak bererti bertengkar dan terus bertelingkah namun ia kepelbagaian dalam kesatuan,” katanya. 

PRN yang mencapai kemuncaknya semalam menyaksikan status quo bagi gabungan PH-BN dan BN apabila masing-masing mengekalkan pegangan ke atas tiga negeri. 

Kedah, Kelantan dan Terengganu kekal dikuasai PN manakala PH-BN meskipun ditentang sengit, masih bertapak di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Keenam-enam Menteri Besar dan Ketua Menteri juga menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. - Getaran, 13 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemimpin Perlu Laksana Amanah Tanpa Carik Perpaduan Rakyat - Khairuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tak Wajar Angkat PAS Wakil Islam, Pandangan Wan Salim Amat Tepat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad