web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Perlu Laksana Amanah Tanpa Carik Perpaduan Rakyat - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 9:48PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rakyat yang diberi kuasa untuk memimpin perlu melaksanakan amanah tersebut tanpa mencarikkan perpaduan rakyat. 

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mutakhir ini menyaksikan ancaman terhadap Islam dan Melayu dalam negara sengaja dicipta dan diperbesarkan. 

Menurut beliau, elemen itu sedikit sebanyak berhasil menakutkan rakyat, khususnya yang beragama Islam bagi meraih sokongan politik. 

“Ia mendorong rakyat bertindak ganas, ekstrem dan melampau terhadap saingan politik mereka ketika berpilihan raya. 

“Sedang sepatutnya pilihan raya berlangsung cara harmoni, damai dalam suasana persaudaraan rakyat Malaysia,” katanya. 

Khairuddin menyatakan demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyentuh mengenai perbuatan mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya, oleh segelintir pemimpin politik. 

Titah baginda, pengeluaran fatwa hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau mufti selepas menerima perkenan Sultan masing-masing.   

Menyokong penuh titah baginda itu, Khairuddin yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat secara jelas diingatkan bahawa negara ini dipayungi Raja-Raja kepada pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya untuk menguruskan negara. 

“Fatwa politik yang mempengaruhi pengikut dikeluarkan sewenang-wenangnya, sedangkan fatwa adalah di bawah kuasa Raja-Raja Melayu yang dibuat secara jamaei dan kolektif oleh alim ulama yang tidak berkepentingan, melainkan demi umat dan negara.  

“Menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Selangor atas titah baginda yang mendamaikan,” katanya. - Getaran, 12 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini