web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amirudin Hampir Pasti MB Selangor, Papparaidu Ganti Gunaraj

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 9:29PM

Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pelantikan semula Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor hampir pasti menjadi kenyataan.

Sumber memberitahu Getaran, maklum balas diterima menyatakan, perkembangan positif menanti selepas Amirudin diterima menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, respon diterima menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu bakal mengangkat sumpah jawatan Isnin depan.

“Insya Allah, Datuk Seri Amirudin akan terus bersama kita menerajui kerajaan negeri untuk lima tahun lagi.

“Senarai barisan EXCO yang dipersembahkan juga menerima perkenan Tuanku,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Sumber rapat Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu, barisan EXCO terbaru itu menyenaraikan lapan ADUN Melayu, dua ADUN mewakili kaum Cina dan seorang mewakili kaum India.

Katanya, sedikit kelainan dijangka berlaku apabila ADUN Sentosa, C Gunaraj yang disebut-sebut akan dipilih, diberitakan tidak tersenarai.

Slot berkenaan dilaporkan akan diberikan kepada ADUN Banting, Papparaidu Veraman dari DAP.

Turut mencipta kejutan adalah ADUN Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail daripada Barisan Nasional (BN) yang pernah menyandang portfolio Ketua Pembangkang sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Dengan tersenarainya Rizam, ia melenyapkan desas-desus kononnya ADUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz bakal terpilih. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO diadakan Isnin ini, di Istana Alam Shah, Klang.

Istana Selangor dalam satu kenyataan ringkas petang ini, memaklumkan istiadat berkenaan akan dijalankan pada dua sesi iaitu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada jam 11 pagi manakala istiadat kedua pada jam 2 petang, 21 Ogos ini. - Getaran, 18 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan