web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Ideologi Takfiri Siyasi, Kenyataan MB Kelantan Perlu Diperbetul - Mujahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:00AM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berwajib agama di Kelantan atau Persekutuan perlu mengambil inisiatif untuk memperbetul kenyataan dibuat Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bagi mengelakkan ideologi takfiri siyasi terus berkembang.

Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ideologi berkenaan dikategorikan sebagai berunsur 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh menjejaskan keharmonian Islam sebagai agama rasmi.

Menurut beliau, cubaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu untuk mempertahankan kenyataannya dilihat sangat lemah dan ia memudahkan lagi penampakan sebenar pemikiran takfiri siyasi PAs yang diimani selama ini. 

“Ini bukan soal ‘koyak’ atau soal politik kepartian tetapi memelihara nama baik Islam dan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan. 

“Sesuatu yang dah berakar umbi dalam pemikiran sukar untuk dicabut kerana ia menjadi sebahagian daripada cara berfikirnya dan diterjemahkan dalam kata-kata dan tindakan,” katanya.

Mujahid menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Nassuruddin beberapa hari lalu, ketika membidas tindakan diambil ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Mohd Nassuruddin pada waktu itu dipetik sebagai berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) politik tidak sepatutnya ‘cepat koyak’ atau melatah dalam berpolitik.

Mohd Nassuruddin Daud (kanan) beberapa hari lalu mengingatkan PH dan BN agar tidak ‘cepat koyak’ atau melatah dalam berpolitik - gambar Facebook
Mohd Nassuruddin Daud (kanan) beberapa hari lalu mengingatkan PH dan BN agar tidak ‘cepat koyak’ atau melatah dalam berpolitik - gambar Facebook

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, Mohd Nassuruddin tanpa rasa bersalah mempertahankan tindakannya melabelkan Mohd Syahbuddin dan Dr Hafidzah sebagai menentang perjuangan Islam.

Bagaimanapun jelasnya, ia mengandungi hikmah tersendiri untuk umat Islam lebih memahami apa yang tersirat di sebalik ‘lakonan politik’ PAS, dan supaya rakyat Kelantan terbuka mata melihat operasi politik Islam parti tersebut.

“Pertama, perkataan  ‘perjuange Isle’ tiada bezanya dengan ‘Isle’ kerana umat Islam dituntut untuk memartabatkan, memperjuangkan dan memastikan Islam tertegak dari sudut aqidah, akhlak serta syariatnya. Bila ungkapan Islam disebut, sekali gus tersemat erti menegakkan, mempertahankan dan mengajak orang ramai kepada Islam. 

“Nabi (Muhammad SAW) mengingatkan kita supaya umat Islam jangan tinggal pada namanya semata tanpa mempertahankan dan menegakkan roh Islam iaitu aqidah syariat serta akhlaq dan adab Islam,” katanya.

Umat Islam perlu memahami apa yang tersirat di sebalik politik PAS - gambar hiasan
Umat Islam perlu memahami apa yang tersirat di sebalik politik PAS - gambar hiasan

Jelas Naib Presiden AMANAH itu, hakikat berkenaan menuntut umat Islam menjalankan cita-cita murni berjihad dan berdakwah dengan segala makna dan bidang masing-masing mengikut adab dan disiplin yang ditentukan syariat.

“Ini janji kita pada setiap individu Muslim dalam ikrar doa iftitah solat, 'sesungguhnya solatku, hidupku, dan matiku kerana Allah Taala, Tuhan Sekelian Alam, tiada sekutu bagiNya dan dengan itu aku diperintahkan dan aku tergolong di kalangan kaum muslimin.

“Kedua, jika ungkapan ‘perjuange Isle’ dan ‘Isle’ jelas tidak dapat dipisahkan maknanya, perkataan ‘lawe’ sebenarnya adalah kata kunci yang paling terang dinampakkan untuk menjelaskan pemikiran MB Kelantan. ‘Lawe’ atau ‘lawan’ ialah menentang, menyekat, menahan, percubaan menggagalkan sesuatu menuju jalan Allah (الذين يصدون عن سببل لله),” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 1 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini