web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Masih Berbisa, Suhaizan Dan Ir Nazri Lakar Kemenangan Bergaya

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 11:27PM

Suhaizan Kayat (tiga, kiri), 50, bergambar bersama isterinya Dr Norsham Idris (dua, kanan) dan penyokongnya selepas diumumkan sebagai pemenang - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) membuktikan mereka bukan tandingan apabila mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini. 

Meski berdepan cabaran getir melibatkan persepsi negatif rakyat gara-gara dakyah dibawa blok pembangkang, PH yang mengekalkan wakil AMANAH di kedua-dua kerusi berkenaan berjaya menambat hati pengundi. 

Kerja keras yang menerima kerjasama semua parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan itu membuktikan hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha. 

Kempen tanpa henti sebaik sahaja selesai Penamaan Calon pada 26 Ogos lalu nyata berupaya membuatkan sokongan pengundi kekal tidak berubah.  

Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat yang diturunkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pulai menang bergaya apabila memungut 48,283 undi. 

Beliau menewaskan pencabar terdekat, Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 18,641 undi. 

Suhaizan Kayat - gambar BERNAMA
Suhaizan Kayat - gambar BERNAMA

Zulkifli dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi masing-masing memperoleh 29,642 dan 528 undi. 

Jumlah undi yang tidak mencukupi itu juga menyebabkan Samsudin kehilangan deposit pertaruhan. 

Sementara itu di DUN Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman (PH) meraih 13,844 undi untuk menewaskan saingan terdekat yang juga seorang pakar kardiovaskular, Dr Mohd Mazri Yahya (PN). 

Dr Mazri memperoleh 10,260 undi manakala calon Bebas, S Jeghanaathan sekadar memungut 309 undi. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Pulai adalah 47.33 peratus. 

“Peratusan keluar mengundi untuk DUN Simpang Jeram ialah 60.85 peratus,” katanya. 

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub 23 Julai lalu. 

Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada jam 9.23 malam, selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Getaran, 9 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

'PN Kalah Bermaruah, Ini Bukan Penamat' - Zulkifli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Fatwa Politik: Sah, Muhyiddin Sedang Disiasat - PDRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Parlimen Pulai: SPR Sasar 99 Peratus Pemilih Awal Keluar Mengundi

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Pulai: 2 Pusat Undi Awal Dibuka Jam 8 Pagi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini