web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fatwa Politik: Sah, Muhyiddin Sedang Disiasat - PDRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 8:09AM

Muhyiddin Yassin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan ‘fatwa politik’ dikeluarkan beliau sedang berjalan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis setakat ini telah menerima dua laporan polis membabitkan isu yang sama.

Serentak dengan itu jelasnya, Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) Bukit Aman akan merakam percakapan mantan Perdana Menteri tersebut pada Isnin, 11 September nanti.

“Kenyataan bahawa mengundi calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Suhaizan Kayat adalah haram itu dibuat semasa beliau (Muhyiddin) berucap di Kempas, Johor pada 2 September lalu,” katanya lewat malam tadi.

Mohd Shuhaily Mohd Zain - gambar BERNAMA
Mohd Shuhaily Mohd Zain - gambar BERNAMA

Mohd Shuhaily berkata, polis setakat ini telah membuka satu kertas siasatan melibatkan isu 3R (raja, agama, kaum) sejak kempen bermula pada 28 Ogos hingga semalam. 

“Ia berkaitan ucapan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyentuh Institusi Diraja dengan mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

“Siasatan telah lengkap dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan ketenteraman awam dan menjejaskan keselamatan negara, menerusi apa juga perbuatan dilakukan.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang,” katanya. - Getaran, 6 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan