web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Ada Ura-Ura Saya Bakal Dipecat' - Isham

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 8:52AM

Isham Jalil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membayangkan kemungkinan beliau dipecat daripada parti itu. 

Katanya, beliau mendengar khabar angin bahawa parti tersebut bakal memecat beberapa lagi ahli sepanjang minggu ini, dan ada ura-ura namanya turut tersenarai. 

Mengakui tidak gentar dengan kemungkinan itu, bekas Ketua Penerangan UMNO tersebut berkata, terpulang kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan. 

“Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi. Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” katanya. 

Tidak menyatakan secara terperinci, namun kenyataan Isham dipercayai merujuk kepada kelantangan beliau dan semua ahli berkenaan yang menolak kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya. 

Tegas Isham, Yang di-Pertuan Agong tidak pernah menitahkan UMNO untuk bergabung dengan PH ketika pilihan raya. \

Yang di-Pertuan Agong dilaporkan tidak pernah menitahkan supaya UMNO dan PH bekerjasama ketika pilihan raya
Yang di-Pertuan Agong dilaporkan tidak pernah menitahkan supaya UMNO dan PH bekerjasama ketika pilihan raya

“Saya setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan semasa saya Ketua Penerangan. Saya setuju sebab itu titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu.  

“Tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH. Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. Yang di-Pertuan Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini,” katanya. 

Menafikan beliau gilakan kuasa dan jawatan, Isham berkata, pendirian tersebut sudah dibuktikan menerusi kesediaannya melepaskan jawatan Ketua Penerangan UMNO sebelum ini. 

“Saya tidak rindu jawatan ini terutama apabila sebagai Ketua Penerangan ia perlu mempromosi DAP. 

“Saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC (syarikat berkaitan kerajaan) sebanyak dua kali,” katanya. - Getaran, 12 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 6 bulan yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad