web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:01PM

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz ketika berucap pada Himpunan Aman Selamatkan Malaysia hari ini. gambar PAS Pusat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantahan terhadap keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan yang dihadapinya, adalah antara tiga tuntutan dalam laporan polis oleh peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Himpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu turut menuntut pembebasan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif serta pelaksanaan undang-undang yang adil kepada semua rakyat.

"Ada tiga tuntutan, pertama, dakwa (Ahmad) Zahid Hamidi, yang kedua kita nak bebaskan SPRM dan juga Jabatan Peguam Negara daripada kuasa eksekutif. Dan yang ketiga kita nak keadilan itu dilihat dan diberikan kepada semua orang.

"Jangan kalau kes orang biasa mencuri RM22 sampai kena 10 tahun. Tapi orang yang curi sampai berjuta-juta, didakwa mencuri berjuta-juta ini dilepaskan begitu sahaja. 

"Jadi tiga tuntutan kita supaya kita boleh betulkan balik apa yang tidak betul dalam negara ini. Saya yang buat laporan tadi," katanya ketika berucap selepas selesai membuat laporan polis hari ini.

Beliau membuat laporan di IPD Dang Wangi selepas berarak bersama peserta himpunan berkenaan dari lokasi berkumpul di Masjid Jamek Kg Baharu.

Difahamkan, laporan polis ke atas Kerajaan Malaysia itu dibuat atas dakwaan menyalahgunakan kuasa menghentikan kes Ahmad Zahid, sekali gus meminta pihak berkuasa mendakwa semula Presiden UMNO itu.

Selain itu, Tun Faisal berkata, himpunan itu juga mendukung kehendak rakyat untuk melihat negara dipimpin dengan baik tanpa salah guna kuasa.

Pada masa sama, katanya, himpunan yang disertai kira-kira 3,000 peserta itu juga akan memperjuangkan hak rakyat termasuk isu kenaikan kos sara hidup.

"Hari ini kita berjalan atas nama Aman Selamatkan Malaysia. Ia adalah konsep yang besar membabitkan banyak perjuangan rakyat dan untuk membetulkan keadaan dalam negara yang kita rasa dari segi pentadbirannya, tata kelola, penyalahgunaan kuasa agak nampak begitu mencolok mata.

"Kedua dari segi aspek pembelaan terhadap rakyat. Sikit lagi kita dengar akan ada pengurangan subsidi, bantuan kehidupan, kos sara hidup meningkat. Itu juga ada dalam skop Aman Malaysia," katanya lagi.

Himpunan yang berakhir jam 3 petang itu turut dihadiri Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad