web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tak Ada Salahnya Bukan Islam Guna Ayat Al Quran Untuk Berhujah’ - Khairuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 8:32AM

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. gambar Facebook Mohd Khairuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan satu kesalahan untuk orang bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujah.

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkara tersebut telah disahkan oleh golongan ulama sebelum ini.

Menurut beliau, Al Quran adalah kitab ilmu, kitab hidayah dan panduan bagi kehidupan manusia.

“Sesiapa pun termasuk bukan muslim boleh mengambil pengajaran dan ilmu serta hikmah yang terkandung di dalam Al Quran sebagai hujah akademik atau panduan hidup sebagaimana dihuraikan oleh alim ulama Islam.

“Saya mendengar video seorang Ahli Parlimen bukan Islam berhujah tentang kepentingan ketaatan kepada pemerintah, khususnya Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Jelas Khairuddin, Ahli Parlimen terbabit turut bercakap mengenai kerajaan yang ditubuh dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Beliau memetik maksud firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 59.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

"Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan (taatlah) Ulil Amri kalangan kamu,” katanya, memberikan terjemahan ayat berkenaan.

Tegas Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, tiada yang salah dalam hujah Ahli Parlimen berkenaan kerana ia telah dihuraikan oleh alim ulama Islam, tentang kepentingan ketaatan kepada Ulil Amri. 

“Ia merangkumi ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dan ketaatan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong. 

“Malah kewujudan kelompok Khawarij sebagaimana dihurai oleh alim ulama Islam dan dipetik juga oleh Ahli Parlimen berkenaan adalah tepat dan benar kerana Khawarij adalah golongan yang memberontak dan derhaka kepada pemerintah Islam khususnya Khalifah Uthman dan Khalifah Ali R.A,” katanya.

Beliau menarik perhatian, PAS memiliki pimpinan bukan Islam dalam Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang sentiasa berhujah malah membaca ayat-ayat Al Quran dalam ucapan mereka. 

“Justeru saya merasa pelik bila ada pimpinan tertinggi PAS yang mempertikai dan membuat provokasi apabila ada bukan Islam di luar PAS yang turut berhujah dengan Al Quran.

“Malah, dulu ketika PAS bertahaluf dan bekerjasama politik dengan DAP, pemimpin DAP membaca ayat Al Quran di pentas-pentas ceramah PAS dan menjadi kebanggaan PAS pada ketika itu.

“Usahlah berpolitik seolah Islam hanya milik kita sahaja. Usahlah juga membuat provokasi demi menarik sokongan orang Islam dengan menaikkan sentimen kebencian,” katanya.

Media tempatan semalam melaporkan, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berdepan siasatan polis kerana dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat Al Quran.

Video berkenaan tular baru-baru ini, menyebabkan satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. - Getaran, 24 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

2

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Lelaki Ditahan Lempar, Koyak Al-Quran

4

Politik 1 tahun yang lalu

Jangan Jadikan PRN Medan Benci Membenci - Khairuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'