web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi Mahu Jadi AJK Pusat, Tolak Pencalonan Naib Presiden

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 5:28PM

Muhammad Sanusi mengakui tidak ada kualiti yang diperlukan untuk memegang jawatan tinggi dalam PAS di peringkat pusat. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menolak pencalonan namanya untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Ke-69, bulan depan.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengakui dirinya tidak 'padan' untuk memegang jawatan tersebut dan hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Katanya, beliau sedar akan kemampuan dirinya memandangkan kualiti untuk memimpin PAS tidak sama dengan ciri-ciri diperlukan bagi memimpin sektor lain.

"Depa (mereka) kata saya layak tetapi saya tahu diri ini 'setara' mana... Ciri-ciri diperlukan bagi memimpin PAS tak sama dengan kualiti diperlukan untuk memimpin sektor lain.

"Sesetengah orang boleh jadi calon untuk menang pilihan raya tetapi nak pimpin PAS, kena ada ciri-ciri lain lagi.

“Sebab itu di Kedah ini saya boleh jadi Menteri Besar tetapi pesuruhjaya negeri yang nak memimpin parti serta jemaah, orang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan walaupun sebagai pesuruhjaya PAS negeri.

Justeru, Muhammad Sanusi berkata, beliau merasakan jawatan yang disandangnya dalam parti hanya akan sampai di peringkat AJK PAS Pusat saja dan tidak lebih dari itu.

"Ini kali kedua berturut-turut saya tolak pencalonan Naib Presiden. Pemilihan selepas ini, insya-Allah mereka tak calon dah sebab asyik menolak saja.

"Saya percaya kepimpinan dalam parti perlu bersandarkan merit, kelayakan, keupayaan dan kemahiran. Bukan kerana politik atau pandai melobi kerana dalam PAS tak boleh begitu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, barisan peguam PAS akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan merayu atau terus memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

"Kami terima keputusan mahkamah dan tengoklah nanti keputusan dalam sehari dua ini sama ada kita terus kepada PRK atau merayu.

“Kalau nak cepat, mungkin terus ke PRK dan senarionya sama seperti di Kuala Terengganu sebelum ini yang mana kita catat kemenangan lebih besar dalam PRK," katanya. – Getaran, 27 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki