web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tabung Lawan Anwar Terima Cemuhan, 'Baik Kau Derma Untuk Palestin'

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 9:44AM

Dayangku Intan menjadi mangsa cemuhan ramai apabila melancarkan Tabung Lawan Anwar - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan penyanyi veteran, Dayangku Intan meraih sokongan menerusi penubuhan Tabung Lawan Anwar nampaknya memakan diri sendiri apabila ia hanya mengundang cemuhan ramai.

Tinjauan di media sosial mendapati, setiap hantaran dibuat untuk mengajak orang ramai menderma dibalas dengan ratusan cemuhan oleh netizen, yang menyifatkan ia sebagai satu cubaan terdesak pihak pembangkang.

Ramai juga yang mempersoalkan ketelusan tabung berkenaan dan ‘destinasi’ sebenar semua wang yang dikutip, kerana ia dilihat seolah mempunyai agenda tersembunyi.

Lebih dari itu, kemunculan tabung terbabit ketika konflik Israel-Palestin berada di kemuncak menyebabkan ia terus dipandang sepi dan dianggap sekadar satu ‘selingan’ untuk menghiburkan orang ramai.

Dayangku Intan sendiri ketika ini menjadi sendaan ramai, apabila majoriti netizen termasuk generasi muda menyifatkan beliau sebagai ‘semakin mengarut’.

Di TikTok, Wan Mahussin dengan sinis berkata, Tabung Lawan Anwar itu jelas satu cubaan pembangkang untuk memalukan diri sendiri.

@wanmahussinwanzainrasmi

Nak bayar TIKTOKER PN Kan?

♬ bunyi asal - WanMahussin

“Kak Dayang, boleh tak jujur? Nak lawan Anwar bukan dengan cara kutip derma. Nak lawan Anwar (buat) di Parlimen. 

“Minta Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bahas, usul. Bukan begini kak nak lawan, dan bukan begini nak kutip dermanya,” katanya.

Jelas aktivis politik itu, kutipan RM10 untuk tabung berkenaan juga tidak dapat dipastikan ketelusannya, sama ada ia benar-benar digunakan untuk membiayai objektif penubuhan tabung atau sebaliknya.

“Ni (kutip) RM10 untuk pembiayaan lawan Anwar, demi Malaysia, demi negara. Kak, saya cadang akak, akak tu penyanyi veteran, buat satu konsert amal, akak ketua. Nyanyi. 

“Dan cakap betul-betul. Duit sumbangan tu bukan untuk sosioekonomi sangat pun. Sekarang ni (duit sumbangan) untuk pembiayaan TikTokers, betul tak,” selarnya.

Menjengah di ruangan komen, ia dipenuhi cemuhan pengguna TikTok lain, termasuk kalangan netizen yang mencadangkan agar penyanyi terbabit menumpukan kepada usaha melawan Zionis di Israel.

Norsarnornor di akaun @noor59...7 misalnya berkata, lebih baik sumbangan berkenaan disalurkan kepada tabung membantu rakyat Palestin.

“Lantak ko la Dayang..baik lawan Israel tu bukan lawan PMX..baik derma kat Palestin tu ada gak pahala,” katanya.

Pendapat senada disuarakan Mizi Huzaimey di akaun @mizihuzaimey.

“Kalau kau kutip derma untuk bantu fakir miskin aku setuju jugak..ni kutip derma nak lawan PMX..ada akai ke,” cemuhnya.

Unie di @uni512 pula menyarankan pihak berkuasa segera mengambil tindakan, memandangkan tindakan Dayangku Intan itu boleh ditafsir sebagai satu pemberontakan terhadap kerajaan.

“Astaghfirullahaladzim..minta duit rakyat nak lawan kerajaan. @PDRM Bukit Aman boleh kutip si Dayangku Intan ni,” katanya. 

Selain video oleh Wan Mahussin ini, puluhan video lain yang mengecam kewujudan tabung terbabit turut kelihatan dimuat naik di TikTok. - Getaran, 17 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Besar-Besaran Israel Di Rafah

2

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Komuniti Dunia Kutuk Serangan Israel, Taliban Mahu Bantu Palestin Berperang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Kejam Tentera Israel di Palestin

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kutuk TYT Melaka, Ahli Perniagaan Dibebas Dengan Jaminan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'