web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kutuk TYT Melaka, Ahli Perniagaan Dibebas Dengan Jaminan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:49PM

Hermy Rahim - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis dibebaskan dengan jaminan selepas dipanggil memberikan keterangan berkaitan ciapannya di Twitter.

Hermy Rahim, atau lebih dikenali sebagaii HermyR dipanggil berhubung ciapan mengenai kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam  ke ‘gimnasium’ pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn Diaz dekat Kersang Tua, Jasin.

Menurut beliau, polis sebelum itu gagal mencarinya kerana menggunakan alamat di kediaman lama, sedangkan beliau sudah berpindah.

“Polis dah call, aku akan ke Balai Polis USJ 8 untuk dibawa ke Melaka untuk “dirakam percakapan” kata pegawai polis tu pukul 12 tengah hari ini,” ciapnya di Twitter.

Bagaimanapun selepas enam jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Hermy dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang permohonan reman dibuat terhadapnya.

Ahli perniagaan itu disiasat susulan ciapannya yang didakwa mempersenda dan mengecam Mohd Ali.

“Kahkahkah punya bebal. Bersepah lagi rakyat Melaka susah dia pi lawat tempat orang Filipina tu training bawa balik emas.

“Dah lah bukan emas untuk negara pon. Ye tahniah dan terima kasih kat tuan rumah, tapi apa kau buat sini malaunnn?” katanya menerusi ciapan berkenaan.

Hermy memuat naik kenyataan itu ketika mengulang ciapan seorang pengguna yang memaparkan foto kunjungan Mohd Ali ke lokasi latihan Hidilyn. – Getaran, 30 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan