web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Ada Program Perguna Penuntut IPTA, ‘Tak Sangka Ada Lagi Benda Macam Ni’

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 9:45AM

Himpulan Pulangkan Najib yang didakwa mempergunakan penuntut IPTA - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah gerakan berunsur politik didakwa mempergunakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menyertai satu acara, bagi membebaskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Dipercayai dipelopori oleh beberapa kumpulan mahasiswa, mereka menganjurkan Himpunan Pulangkan Najib, untuk mengutip tandatangan bagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Mendedahkan perkara itu, pempengaruh di X, Injang atau @Injang_Nation berkata, maklumat diterima menyatakan, semua penuntut IPTA tersebut menerima tajaan pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan untuk berada di ibu negara bagi tujuan berkenaan.

Jelasnya, program itu juga dipercayai turut melibatkan beberapa IPTA lain.

Injang berkata, maklumat tersebut turut disahkan beberapa pengikutnya di X yang memberitahu, program terbabit digerakkan oleh pertubuhan ‘bawah tanah’ yang memang sedia bertapak di semua IPTA berkenaan.

“Salam bro Injang. Berkenaan dengan tweet dm yang mengadu mahasiswa kena pergi KL untuk sign petisyen Najib tu memang betul. Program tu dari underground organisation kat universiti. Macam universiti saya ada kelab umno siswa umk.

“Dorang bawak dalam 200 lebih pelajar untuk ke kl pergi ke istana negara. Kalau tak caya bole try tengok IG 'PulangkanNajib' tu semua mahasiswa yang run,” kata pengikut berkenaan. 

Pendedahan Injang pantas menerima pelbagai respon, dengan majoriti mengecam tindakan berkenaan.

Maju Saham atau @majusaham berkata, dia tidak menyangka aktiviti seumpama itu masih wujud hingga ke hari ini.

“Ingatkan gunakan student untuk tujuan politik ni pupus dah rupanya ada lagi. Teringat zaman belajar yuaitiem dulu,” katanya.

Risalah Himpunan Pulangkan Najib yang dikatakan disebarkan di UKM - gambar X
Risalah Himpunan Pulangkan Najib yang dikatakan disebarkan di UKM - gambar X

Notak di akaun @drnotak pula dengan sinis ‘memuji’ kelebihan dimiliki golongan berada, termasuk kebal dari kesalahan.

“Seronoknya org (orang) kaya yg (yang) cilok (curi) duit 20 keturunan akan kaya, bebas sbb (sebab) pengaruh. Yg amik rasuah rm50 lingkup lah dlm (dalam) penjara kalau kau setakat pekerja kerajaan. Rasuah tetap salah dan berdosa, bnyk (banyak) atau sikit, tapi keistimewaan di dunia tu, kaya tetap akan kaya, walau cara salah,” katanya.

ModerateOutcast di akaun @SnappyCraps pula dengan berang mempersoalkan rasional penganjuran acara berkenaan, apabila mantan Perdana Menteri itu jelas mengelak daripada membayar cukai.

“Hanat betul, cukai berbillion tak bayar tapi benda camni boleh pula dia bayar,” katanya.

Risalah Himpunan Pulangkan Najib yang ditampal di sebelah dewan kuliah di UM - gambar X
Risalah Himpunan Pulangkan Najib yang ditampal di sebelah dewan kuliah di UM - gambar X

Difahamkan, antara IPTA yang menerima notis pemberitahuan acara itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM), berdasarkan risalah serta poster yang dikongsi pengguna X lain. - Getaran, 20 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

E-Tunai Belia Rahmah, Nilai Tambah Kepada Inisiatif Sedia Ada Bantu Mahasiswa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Timbang Cadangan Beri Subsidi Tiket Penerbangan Kepada Mahasiswa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AUKU Perlu Dipinda, Bukan Dimansuh - MPPK

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 41 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 11 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 46 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini