web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


E-Tunai Belia Rahmah, Nilai Tambah Kepada Inisiatif Sedia Ada Bantu Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 11:04AM

Pemberian bantuan e-dompet itu juga dilihat sebagai nilai tambah kepada inisiatif sedia ada seperti 'Menu Rahmah' yang giat dilaksanakan di institusi pengajian tinggi pada masa ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan memberi bantuan tunai e-dompet menerusi program e-Tunai Belia Rahmah kepada mahasiswa yang berkelayakan merupakan langkah tepat dalam meringankan beban golongan itu susulan kenaikan kos sara hidup.

Presiden Kelab Belia Prihatin Mohd Luqman Hakim Md Zin berkata pemberian bantuan e-dompet itu juga dilihat sebagai nilai tambah kepada inisiatif sedia ada seperti 'Menu Rahmah' yang giat dilaksanakan di institusi pengajian tinggi pada masa ini.

"Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, pastinya usaha ini dapat membantu mahasiswa, tetapi mereka perlu ada kesedaran untuk berbelanja dengan betul. Mahasiswa wajar berjimat dan berhemah dalam berbelanja menggunakan duit tersebut.

"Mungkin jika inisiatif ini digabung dengan makanan Menu Rahmah yang dilaksana di dewan makan universiti atau kampus ia mampu memberi lebih banyak penjimatan berikutan menu yang ditawarkan berharga RM5," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan memperluas bantuan e-Tunai Belia Rahmah kepada semua mahasiswa yang berkelayakan bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.

Bagi seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mohd Fauzan Abdullah, 24, bantuan bernilai RM200 itu mampu memberi impak besar kepada golongan penuntut institusi pendidikan sepertinya khususnya dalam soal perbelanjaan harian.

Bagaimanapun, beliau berharap agar kerajaan mampu mempergiat usaha hebahan bagi memastikan isu keciciran tidak berlaku dalam proses penyaluran bantuan tunai e-dompet itu.

"Jika bantuan ini diberi secara one-off ke akaun bank mahasiswa adalah lebih baik kerana pemberian itu sudah pasti akan diterima tanpa perlu bimbang mengenai capaian Internet, limitasi tarikh penembusan, dan hebahan," katanya.

Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed pula berharap agar opsyen pembelian dalam talian menggunakan e-dompet dapat diperluaskan bagi membolehkan mahasiswa berbelanja mengikut keperluan. 

Sementara itu,Noor Mohamad Shakil Hameed turut menyarankan kepada kerajaan supaya melakukan penilaian menyeluruh terhadap beban kewangan mahasiswa khususnya melibatkan soal penginapan.

Beliau yang juga pemerhati isu semasa berkata ia penting berikutan terdapat pemilik rumah sewa kini yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar sewa sehingga membebankan golongan itu.

"Kerajaan dicadang untuk memperkenalkan bantuan tunai yang lebih berfokus, misalnya khas untuk makanan dan sewa rumah bagi meringankan beban kehidupan mahasiswa. Pendekatan yang boleh diambil adalah dengan menyediakan kupon atau baucar khas untuk tujuan itu," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini