web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Satu Lawan Satu Di PRK Kemaman

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 12:10PM

Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman iaitu Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (dua dari kanan) dari Barisan Nasional dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS bergambar selepas diumumkan bertanding bagi kerusi parlimen itu di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman, di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. 

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon, manakala PAS yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri yang juga Naib Presiden parti itu menyerahkan borang pencalonannya pada 9.04 pagi diikuti Raja Mohamed Affandi jam 9.08 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini, hari ini.

Sesi penyerahan borang penamaan calon tamat pada 10 pagi diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini sebagai tarikh mengundi awal, manakala 2 Disember bagi hari mengundi untuk PRK berkenaan, yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Pada PRU15, Parlimen itu menyaksikan Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.

Dua lagi calon pada PRU15 adalah Hasuni Sudin mewakili Pakatan Harapan yang memperoleh 8,340 undi dan Rosli Ab Ghani daripada Parti Pejuang Tanah Air meraih 506 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

3

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

4

Semasa 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad