web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Sasar, Berangan Jadi PM - Sanusi

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 8:19PM

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (tengah) bersama barisan Exco serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin (kanan) selepas berakhir Sidang DUN Kedah, hari ini. – gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa dirinya tidak pernah meletakkan sasaran atau berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri serta memegang apa jua jawatan dalam dunia politik.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, perkara tersebut sudah ditegaskan beberapa kali sebelum ini dengan beliau juga tidak pernah berangan-angan mahu menjadi Menteri Besar sebelum ini.

Meskipun tidak mempunyai cita-cita itu katanya, beliau bagaimanapun sedia melaksanakan tanggungjawab walau di mana saja sekiranya diberikan amanah oleh kepimpinan parti.

"Soal kepimpinan ini saya dah cakap banyak kali termasuk dalam beberapa sidang akhbar. Saya tak boleh letak sasaran dan tak ada angan-angan pun.

"Saya duduk di sini (kerusi Menteri Besar) pun tak ada sasaran dan angan-angan sebaliknya Allah yang kirim saya ke sini bersama pemimpin lain. Kalau pergi lebih jauh, itu terserah kepada jemaah dan parti.

"Saya tak ada cita-cita tetapi kalau diberi amanah kepimpinan di mana saja, saya akan cubalah untuk parti, jemaah dan orang ramai. Bukan untuk diri saya," katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir Sidang Dewan Undangan negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Murysidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kelmarin yang mendakwa PAS mempunyai ramai calon untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri antaranya Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selain itu, Hashim dilaporkan berkata, PAS juga memiliki beberapa pemimpin muda berpotensi untuk diketengahkan antaranya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Muhammad Sanusi sendiri.

Ditanya kesediaannya untuk bertanding jawatan parti lebih tinggi selepas menolak pencalonan sebagai Naib Presiden dalam dua pemilihan sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata perkara itu masih belum difikirkan.

"Buat masa sekarang, belum ada dalam pemikiran," katanya ringkas.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, Perdana Menteri dari PAS mungkin akan muncul lebih awal berbanding 2050 seperti kenyataan yang pernah dibuatnya dalam dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-68 sebelum ini.

"Mungkin lebih awal dari itu (2050), seboleh-bolehnya tahun depanlah (Perdana Menteri dari PAS).

"PAS ada kerusi Parlimen paling tinggi berbanding parti politik lain di Malaysia. Jumlah kerusi PAS paling besar dan itulah yang menjadi asas keyakinan saya," katanya. – Getaran, 30 November 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki