web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Kompetensi, Tapi Kemampuan Selamatkan Anwar Jadi Penilaian Rombak Kabinet - Sanusi

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:38PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa terpaksa melayani tuntutan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi menyelamatkan kedudukannya apabila membuat rombakan Kabinet.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata rombakan tersebut bukan dibuat bersandarkan kepada kompetensi atau kecekapan seseorang individu untuk menyandang jawatan menteri atau timbalan menteri.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), berkata penilaian untuk meletakkan seseorang di sesebuah kementerian dibuat bersandarkan kepada keupayaan individu berkenaan menyelamatkan kedudukan Anwar selaku Perdana Menteri.

"Beliau (Perdana Menteri) sebenarnya terpaksa melayan tuntutan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Apabila kerajaan tak kukuh, kedudukan beliau bergantung kepada sokongan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Maka tuntutan-tuntutan itulah yang menjadi penentu utama kepada persoalan siapa yang akan membarisi Kabinet dan jumlahnya. Jadi sebenarnya Kabinet kita bukan dibentuk bersandarkan kompetensi dan 'efficiency' sebaliknya keupayaan mereka yang dilantik bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman dekat sini, hari ini.

Tambahnya, rombakan Kabinet itu juga terpaksa dibuat kerana terlalu banyak masalah yang timbul selama ini.

"Sangat banyak masalah yang timbul kerana menteri-menteri tidak berfungsi. Yang kekal dalam Kabinet itu pun bukan semuanya berfungsi dan yang baru masuk ini pun, belum tentu semuanya berfungsi," katanya.

Muhammad Sanusi turut menempelak tindakan Perdana Menteri memisahkan beberapa kementerian dan menambah bilangan menteri.

"Ini merupakan tambahan kepada siri pelanggaran janji pilihan raya. Ada banyak siri pelanggaran janji dan ini satu daripadanya.

"Sebelum ini kata nak kecilkan Kabinet tetapi kini dibesarkan, nak beri pendidikan percuma tetapi tak diberikan dan nak turunkan harga minyak tetapi tidak diturunkan.

“Saya fikir bukan sekadar janji dalam satu pilihan raya sebaliknya sudah berkali-kali janji pilihan raya 'dicapati'," katanya.

Diminta mengulas kenyataan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengenai kemungkinan individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang, Muhammad Sanusi secara sinis 'mempersilakan' Kit Siang untuk menuju ke arah itu,

"Kalau Kit Siang berani menuju ke arah itu, silakan. Silakanlah kalau berani dan hanya itu sajalah ulasan saya," katanya.  – Getaran, 13 Disember 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi