web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Kumpulan Aktif Sebar Dakyah, Hasut Rakyat Benci Kerajaan

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  Blok pembangkang dikesan terus menyebar dakyah dan fitnah terhadap kerajaan, khususnya di media sosial.

Mereka dilihat semakin agresif, malah seakan tidak memperdulikan arahan pihak berkuasa yang kerap kali mengarahkan supaya penyebaran berita atau maklumat palsu dihentikan pada kadar segera.

Perbuatan itu juga jelas melanggar titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu agar semua pihak mengenepikan segala perbalahan demi membangunkan negara.

Tinjauan Getaran mendapati, wujud satu saluran khas di aplikasi Telegram yang digunakan bagi menyebar segala dakyah tersebut.

Dikenali sebagai ‘Team Walabot’, saluran berkenaan telah disertai lebih 30,000 pengguna.

Bergerak aktif setiap hari, saluran terbabit antara lain turut mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan bakal tumbang sedikit masa lagi.

Mereka juga giat membuat hebahan berhubung aktiviti dilakukan seorang aktivis pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Menerusi pemerhatian setakat jam 2 petang ini, saluran terbabit yang pada mulanya dibuka untuk tatapan umum telah dikunci, dipercayai kerana ‘diserang’ penyokong kerajaan.

Usaha Getaran untuk menyertai  saluran tersebut juga menemui kegagalan kerana ia tidak lagi menerima pengikut baharu.

Sementara itu, kumpulan sama dihat turut bergerak aktif di X, dengan hantaran terbaru dibuat semalam pada jam 10.42 malam.

Mengulang ciap hantaran dibuat Papagomo yang menyebut mengenai ‘kejatuhan’ Kerajaan Perpaduan, ciapan berkenaan bagaimanapun dihujani kecaman dan ‘serangan’ netizen.

Mereka turut memetik tindakan terkini pihak berkuasa yang menyita Menara Ilham milik mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kerana disyaki terbabit menyeleweng dana milik negara berjumlah RM2.3 bilion. - Getaran, 22 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

4

Politik 6 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan