web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbincangan Peruntukan Ahli Pembangkang Dibuat Dalam Masa Terdekat - Fadillah

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:31AM

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Perasmian Laman PETRA di Menara PETRA hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Saya kena bertemu dengan Ketua Whip Pembangkang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dahulu, kena bincang. Kemudian, akan dapat arahan daripada Kabinet dan kalau perlu perbincangan lanjut maka kita akan bentuk pasukan untuk membuat perundingan.

"Mungkin minggu depan (akan dibawa ke mesyuarat Kabinet), insya-Allah. Saya kena jumpa semua dahulu," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama warga kementerian di sini, hari ini.

Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung itu akan membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuklah isu berkaitan peruntukan.

"Itu hanya majlis pertemuan, macam-macam dibincangkan, (peruntukan) satu daripadanya," katanya.

Ahad lepas, media melaporkan Hamzah serta wakil parti pembangkang telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan ke minggu hadapan.

Pada Titah Diraja bersempena dengan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan supaya perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Fadillah turut menyantuni 36 anak yatim berusia tujuh hingga 12 tahun daripada Persatuan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim itu dan warga kementerian daripada kumpulan pelaksana. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Elak Isu 3R Antara Inti Pati Draf MoU Peruntukan Pembangkang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 8 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang