web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Politik Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 3:32PM

gambar FB SPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu adalah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.

"Penutupan sementara jalan sempena hari penamaan calon pada esok bermula pada 12.01 tengah malam (27 April) hingga selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan penutupan sementara itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif lain seperti Jalan Kubu, Jalan Dato Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato Balai, Jalan Syed Masyor dan Jalan Pahang.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan jalan dan lencongan itu yang dibuat bagi melancarkan aliran trafik.

Proses penamaan calon bagi PRK berkenaan dijadual berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor bermula 9 pagi.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

2

Politik 5 bulan yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 1 tahun yang lalu

Hari Penamaan Calon PRK DUN Pelangai 23 September

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global