web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Penamaan Calon PRK DUN Pelangai 23 September

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 5:08PM

Ikmalrudin Ishak - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ditetapkan pada Sabtu, 23 September ini. 

Serentak dengan itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Dewan Orang Ramai Felda Kemasul telah ditetapkan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC). 

Menurut beliau, semua kertas penamaan calon perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus PPC bermula dari jam 9 hingga 10 pagi. 

“Kertas ini hanya boleh diserahkan oleh calon, pencadang dan penyokong, mana-mana dua daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka. 

“Semua bakal calon disaran agat mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat SPR Pahang bagi melancarkan proses penamaan,” katanya. 

Jelas Ikmalrudin, bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan membawa resit itu ketika hari penamaan sebagai bukti. 

“Bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti masing-masing apabila menyerahkan Kertas Penamaan Calon. 

“Mereka juga hanya boleh diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk memasuki PPC,” katanya. 

Tegas beliau, penggunaan semua jenis alat muzik, pembesar suara dan sebarang jenis kenderaan bagi tujuan dakyah politik adalah tidak dibenarkan pada HPC. 

Perkara itu katanya, merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). 

“Bagi orang awam dan penyokong yang mengiringi calon pula, mereka dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC ditetapkan. 

“Calon yang telah membayat deposit bahan kempen pilihan raya turut tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. 

Mengulas lanjut Ikmalrudin berkata, ia meliputi peraturan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti serta gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama dan berasingan. 

“Semua pihak diingatkan agar mematuhi setiap peraturan ditetapkan, termasuk arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PBT bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan baik,” katanya. - Getaran, 20 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini