web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 1:57PM

June Leow - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam kehangatan bahang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB), ketiadaan mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui menimbulkan tanda tanya.

Sejak Kerajaan Perpaduan mengumumkan calon mereka, kelibat June tidak pernah dilihat ‘turun padang’, walaupun beliau masih menyandang portfolio Naib Ketua Wanita PKR.

Senario itu menimbulkan tanda tanya, apakah keputusan Pakatan Harapan (PH) menurunkan calon DAP tidak disenangi beliau? 

Atau apakah June sebenarnya berhasrat untuk bertanding, selepas tidak disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022?

Semua spekulasi itu kini semakin kencang bertiup apabila beliau gagal menghadirkan diri bagi membantu kempen PRK DUN KKB.

Sumber memberitahu Getaran, tindakan June amat mengecewakan kerana sebagai mantan Ahli Parlimen, pengalamannya amat diperlukan bagi membantu calon PH, Pang Sock Tao.

Katanya, June pasti lebih arif dengan komposisi pengundi di KKB, justeru ketiadaannya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada jentera PH.

“Saya tak faham, kenapa beliau ‘menghilangkan diri’? Mustahil beliau tidak tahu kempen PRK DUN KKB sudah bermula.

“Walaupun tidak disenaraikan pada PRU 2022, tapi beliau sudah berpengalaman menerajui kerusi Hulu Selangor sebelum itu. Pasti beliau tahu apa yang diperlukan pengundi di KKB,” katanya ketika menghubungi Getaran.

Sumber yang juga seorang ahli korporat berkata, ketiadaan June membuka ruang kepada pelbagai spekulasi, dan ia bukan sesuatu diperlukan jentera kerajaan ketika ini. 

“Kita tahu pembangkang sentiasa mengintai peluang untuk melebarkan kuasa mereka.

“Bila June tiada, orang sudah mula mengandaikan bahawa ada konflik dalam Kerajaan Perpaduan. Persepsi negatif ini boleh menjejaskan gerak kerja kempen,” katanya, kesal.

Seorang lagi sumber akar umbi berkata, tindakan June ‘menghilangkan diri’ membolehkan pihak pembangkang mencipta pelbagai teori dan dakyah untuk mempengaruhi pengundi.

“Masih berbaki seminggu untuk berkempen. Kami di akar umbi amat berharap beliau boleh turun padang.

“Kalaupun mungkin ada hal atau isu yang tidak beliau senangi, harap ketepikanlah buat masa ini demi kejayaan parti,” katanya.

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandang, Lee Kee Hiong, 58 akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada PRN Selangor tahun lepas, Kee Hiong dari DAP mempertahankan kerusi KKB dengan majoriti 4,119 undi dalam saingan tiga penjuru antara PN, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Mendiang berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Kuala Kubu Bharu sejak 2013. - Getaran, 5 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Bangunkan Sektor Pelancongan Bagi Jana Pendapatan Penduduk Kuala Kubu Bahru 

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula