web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangunkan Sektor Pelancongan Bagi Jana Pendapatan Penduduk Kuala Kubu Bahru 

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 4:07PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Penduduk Kuala Kubu Bahru mahu usaha diambil bagi merancakkan lagi industri pelancongan di kawasan itu, sekali gus dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, walaupun Kuala Kubu Bahru mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti warisan sejarah, alam semula jadi yang menakjubkan, dan pelbagai aktiviti rekreasi, namun jumlah pelancong yang datang masih belum memuaskan. 

Peniaga How Yoke Foong, 56, berkata, Kuala Kubu Bahru mempunyai potensi sebagai bandar pelancongan yang terkenal seperti  Melaka atau Ipoh.

“Sekarang belum cukup lagi (pelancongan) perlu tarik orang datang ke Kuala Kubu Bharu. Kita sebagai peniaga seronok kalau ada pelancong sekurang- kurangnya tak sunyi sangat.

“Kalau di sini kita hanya harap pada hari minggu sahaja, tapi hari biasa sunyi. Sekarang ini kalau tengok ramai orang pun sebab ada pilihan raya kecil.

“Sebab itu kita harap Kuala Kubu Bahru boleh jadi tempat pelancongan seperti di Ipoh dan Melaka, tempat mereka kecil sahaja tapi ramai orang,” katanya ketika ditemui Getaran berhampiran Pasar Awam Kuala Kubu Bahru.

Peniaga, How Yoke Foong. gambar Diyana Nawwar
Peniaga, How Yoke Foong. gambar Diyana Nawwar

Peniaga kedai makan, Mohd Amirul khashah, 25 turut senada dan berkata peningkatan jumlah pelancong dapat membantu menaikkan ekonomi peniaga tempatan.

Luah Mohd Amirul, ketika ini mereka menghadapi cabaran dalam menjalankan perniagaan, terutamanya pada hari biasa kerana kehadiran pelancong sangat kurang.

“Masalah di sini tak penduduk tak ramai. Jam 8 sampai 9 pagi itu dah mula perlahan tak ramai orang. Jadi untuk orang berniaga ini susahlah.

“Selalu makanan banyak tak habis. Kita berniaga rugi, jam 10.30 pagi itu dah kena tutup sebab tak ada orang dah.

“Sebab itu kita harapkan sektor pelancongan ini dapat diperkasakan lagi untuk bantu peniaga. Jadikan tempat ini lagi meriah,” katanya.

Ditanya sentimen pengundi muda di Kuala Kubu Baharu pula, jelas Mohd Amirul, mereka seperti pengundi lain berharap lebih ramai orang luar datang ke tempat itu.

Mohd Amirul berkata, pengundi muda juga mahu calon yang dapat memberi khidmat terbaik dan membawa pembangunan ke Kuala Kubu Bahru.

“Pengundi muda macam kawan-kawan saya pun sama juga mereka mahukan wakil calon yang boleh bawa orang luar datang ke Kuala Kubu Bahru ini.

Pada masa sama, beliau mengakui majoriti pengundi muda masih belum membuat keputusan mengenai pilihan calon mereka.

“Kita masih lagi pilih sebab masing- masing ada kelebihan,” katanya.

Peniaga kedai makan, Mohd Amirul Khashah. gambar Diyana Nawwar
Peniaga kedai makan, Mohd Amirul Khashah. gambar Diyana Nawwar

Bagi peniaga, Priya Philips, 33 pula berharap kerja- kerja ubah suai dan naik taraf pasar Awam Kuala Kubu Bahru dapat disegerakan.

Katanya, jika pasar itu mua beroperasi ia dijangka boleh menarik lebih ramai pelanggan dan membantu merancakkan perniagaan mereka.

“Pasar ini ditutup selama setahun sebab kena ubah suai untuk naik taraf. Sebelum ini sistem pasar ini tak sistematik dengan longkang tersumbat.

“Jadi untuk sementara, kami peniaga terpaksa berniaga di depan pasar ini, tapi tak ramai pelanggan sebab pasar tutupkan,” katanya.

Selain itu, Priya mahu  ada penambahbaikan infrastruktur seperti  lebih banyak tapak parkir di sekitar pasar Kuala Kubu Bahru.

“Kita harap masalah parkir dapat diselesaikan. Perlu tambah parkir lagi  kalau nak tarik orang ramai datang ke sini,” katanya.

Mengulas mengenai calon pilihannya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, Priya berkata dia mahu lebih berhati- hati dalam memilih calon.

Peniaga, Priya Philip. gambar Diyana Nawwar
Peniaga, Priya Philip. gambar Diyana Nawwar

“Apapun kita nak calon terbaik mewakili penduduk di sini. Tapi buat masa ini pengundi suka dua-dua calon ini.

“Calon pun rajin turun padang , memang saingan sengitlah sebab semua calon bagus,” katanya.

PRK Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN Kuala Kubu Bahru adalah kerusi campuran dengan komposisi 53.4 peratus adalah pengundi Melayu, 30.5 peratus pengundi Cina, dan 15.8 peratus pengundi India.

Selain itu, kerusi Kuala Kubu Bahru turut diwakili seramai 2,000 pengundi daripada kaum etnik orang asli.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin calon Bebas. - Getaran, 8 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

Politik 4 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 56 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan