web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘MIC Tak Pernah Boikot PRK KKB, Dakwaan Ada Konflik Tak Benar’ - Thinalan

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:37AM

Thinalan T Rajagopalu - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa MIC memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah satu kenyataan yang tidak berasas.

Ketua Penerangan MIC, Thinalan T Rajagopalu berkata, dakwaan seperti itu menjatuhkan reputasi parti yang sudah berikrar untuk memberi sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, tiada sebarang pertelingkahan atau konflik dalaman kerana tidak berpuas hati dengan calon Kerajaan Perpaduan, seperti didakwa sebuah portal berita baru-baru ini.

“Dakwaan kononnya ada konflik dalam MIC itu tidak benar sama sekali.

“MIC ialah sebuah parti yang mementingkan perpaduan, dan menjunjung tinggi solidariti sesama ahli,” katanya.

Thinalan yang jelas berang dengan dakwaan seumpama itu menegaskan, MIC tidak akan bertolak ansur jika ada pihak tertentu cuba menyebarkan fitnah dan menjejaskan nama baik parti.

“MIC berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak atau individu yang cuba mencemarkan integriti dan barisan kepimpinan parti,” katanya.

Jelas beliau, keputusan untuk menyokong calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK KKB dibuat sebulat suara demi manfaat rakyat.

“Barisan kepimpinan MIC termasuk Presiden, Tan Sri S.A. Vigneswaran, Timbalan Presiden, Datuk Seri M Saravanan, ahli jawatankuasa pusat, pemimpin MIC Selangor dan KKB telah bekerja tanpa henti untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) esok.

“Justeru, sebarang dakwaan konon wujudnya pertelingkahan dalaman adalah tidak benar sama sekali,” katanya kesal.

Thinalan menarik perhatian, Pengerusi Bahagian Hulu Selangor,  K Balasundaram atau lebih mesra digelar Cikgu Bala dan pasukannya amat dikenali penduduk setempat atas kerja keras mereka berkempen demi kejayaan Kerajaan Perpaduan

“MIC berpegang teguh dengan pendirian serta komitmen kami bersama Kerajaan Perpaduan.

“Kami tetap bersetia dan sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan komponen lain,” katanya.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Sock Tao Mahu Kota Janji, Akan Pindah Ke KKB Secepat Mungkin

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

3

Politik 4 bulan yang lalu

PH Pertahan Kerusi Kuala Kubu Bahru

4

Politik 4 bulan yang lalu

17 Pusat Mengundi PRK Kuala Kubu Bharu Ditutup Secara Rasmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 52 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 58 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok