web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Majoriti BN Di Mahkota Boleh Bertambah Jika Jentera Bekerja Secara Tersusun - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2024 8:18AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LKUALA LUMPUR - Majoriti yang bakal diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak mustahil boleh bertambah sekiranya semua jentera parti melakukan gerak kerja secara tersusun, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu, yang yakin parti berkenaan mampu mempertahankan kerusi tersebut berkata, kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini adalah penting terutama ke arah menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.

"Apabila faktor wow telah dapat kita wujudkan, bukan hanya sekadar Nenggiri saya yakin di Mahkota juga kalau kita bekerja secara tersusun dan berstruktur sebagaimana kita bantu calon kita di Nenggiri, kelebihan majoriti di Mahkota pasti akan meningkat lebih daripada 5,000 undi.

"Ini akan mewujudkan satu gelombang dukungan terhadap parti kita. Bacaan saya, Insya Allah PRN Sabah akan berlaku dalam suku pertama tahun hadapan. Kalau gelombang yang ada di Nenggiri dan merentasi negeri lain hingga ke Johor, Insya Allah gelombang itu pasti kita akan bawa ke Sabah," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini malam tadi.

Semasa PRN Johor pada 2022, penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Kerusi DUN Mahkota kosong selepas Sharifah Azizah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pillhan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 September manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 September  ini.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, juga meminta setiap ahli terutama sayap Pemuda dan Puteri agar lebih aktif menangani isu tempatan dan nasional dengan lebih berkesan, termasuk yang dibangkitkan di media sosial, dalam usaha meraih sokongan pengundi. - BERNAMA

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis