web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bendera Putih Tanda Empati Rakyat - Pembangkang Kedah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 4:05PM

Bendera Putih merupakan inisiatif yang digerakkan oleh rakyat, bertujuan memastikan golongan memerlukan menerima bantuan sewajarnya, selepas berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kempen bendera putih oleh rakyat merupakan petanda akan wujudnya empati dalam kalangan masyarakat terhadap insan lain yang dihimpit kesusahan ketika ini.

Kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari blok pembangkang Kedah berkata, inisiatif tersebut perlu didukung dengan prinsip 'yang condong ditumpil dan yang lemah dianduh' agar masing-masing saling membantu antara satu sama lain.

Pada masa sama menurut kumpulan itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor diharap dapat merenung kembali implikasi terhadap masyarakat, ekoran kenyataannya yang tidak mengiktiraf inisiatif berkenaan, selain turut melabelkan ia sebagai propaganda politik.

"Adakah kesengsaraan hidup rakyat itu propaganda politik? Adakah kesusahan rakyat itu perlu dipolitikkan?

"Seorang pemimpin politik tidak harus angkuh dan bongkak sambil galak melaungkan retorik politik ketika rakyat kelemasan. Berlapang dada dalam menerima keikhlasan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mengorbankan tenaga, masa dan harta benda demi menyelamatkan keluarga yang sedang bergelut untuk hidup," kata kumpulan tersebut.

Terdiri daripada kesemua 13 ADUN pembangkang di negeri ini, ia antara lain membabitkan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Johari Abdul dan Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga ADUN Jitra,

Muhammad Sanusi baru-baru ini menyatakan, kerajaan negeri itu sama sekali tidak mengiktiraf inisiatif menaikkan bendera putih kerana tindakan tersebut dianggap sebagai propaganda politik bagi membina persepsi bahawa kerajaan sedia ada gagal menguruskan pandemik COVID-19.

Menurutnya, ketika ini masih banyak saluran rasmi termasuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) yang boleh memberikan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa perlu rakyat menaikkan bendera putih.

ADUN-ADUN pembangkang itu menambah, inisiatif menaikkan bendera putih juga pada masa sama turut membuka ruang kepada wakil kerajaan untuk bergegas membantu isi rumah terlibat.

Justeru katanya, mereka yang menaikkan bendera putih tidak wajar terus dilabel sebagai pembangkang dan dianggap tidak perlu dibantu walaupun layak menerima bantuan.

"Menteri Besar berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan ini dan teruslah menidakkan bahawa usaha kerajaan setakat ini, tidak efektif dan mengecewakan banyak pihak khususnya rakyat yang terdesak menanti pertolongan.

"Kami tidak akan goyah dengan azam untuk berkhidmat kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka dan memegang amanah yang digalas selama ini. Orang susah tiada pilihan sebaliknya kita ada pilihan sama ada menolong atau tidak dan untuk itu, kami pilih untuk menolong termasuk mereka yang mengibarkan bendera putih," katanya. -Getaran 5 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

4

Politik 6 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang