web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teka-Teki Berakhir, Ismail Sabri PM Ke-9

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 5:50PM

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ketiga berasal dari Pahang. - Gambar oleh Muharram Kassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan itu menurut kenyataan rasmi Istana Negara, adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara telah menerima pencalonan kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat, menerusi surat akuan (SD) pada 18 Ogos lalu.

Menurut beliau, pencalonan bakal Perdana Menteri menerusi SD tersebut adalah bagi membantu Seri Paduka Baginda melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang memperoleh kepercayaan majoriti untuk menyandang portfolio paling kanan negara itu.

“Ia adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ahmad Fadil menarik perhatian, kesemua SD diterima itu jelas memperlihatkan bahawa Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menerima pencalonan daripada 114 Ahli Parlimen, iaitu majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Susulan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam bagi mengesahkan kepercayaan mereka ke atas pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Serentak dengan perkenan tersebut kata Ahmad Fadil, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan esok pada jam 2.30 petang di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa dengan pelantikan Perdana Menteri ini, kerajaan perlu meneruskan segala usaha memerangi pandemik COVID-19 pada kadar segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Tindakan pantas jelas beliau lagi, adalah perlu demi kesejahteraan negara yang amat terkesan berikutan krisis dan ancaman pandemik COVID-19.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, khusus bagi mewasalkan kepada semua Raja-Raja berhubung proses pencalonan bakal Perdana Menteri.

Perbincangan selama dua jam setengah itu adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka Baginda pada sesi menghadap ketua dan wakil parti politik utama negara 17 Ogos lalu.

Ia susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Kabinet, selepas beliau hilang keabsahan untuk meneruskan tugas berkenaan.

Kemelut politik negara menjadi hangat apabila UMNO menerusi presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sepakat menarik semula sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin pada 3 Ogos lalu, menyebabkan PN mula goyah.

Penarikan semula sokongan itu turut disusuli peletakan jawatan dua menteri dan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dari pelbagai agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk di peringkat negeri.

Sekadar info, ini adalah kali ketiga pemimpin dari Pahang dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Seri Najib Razak. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka