web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sayangilah Ibu bapa Sebelum Terlambat

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 10:08AM

Gambar: Rodnae Production, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai anak, memang sudah termaktub menjadi kewajipan kita untuk berbakti kepada kedua orang tua. Ditambah pula, mereka sudah lanjut usianya. Seraya itu, kita sebagai anak yang budiman wajib tahu bagaimana caranya mengurus dan menjaga ibu bapa dengan baik di hari muka.

1 – Berbakti

Kehidupan itu seperti roda yang berputar. Setiap fasa dalam kehidupan akan terus berjalan serta mengalami perubahan. Jika dahulu ibu bapa yang mengasuh kita dengan penuh kasih sayang, maka tibalah masanya kita membalas budi baik mereka dengan menjaga mereka ketika usia senja. Proses ‘bertukar peranan’ ini adalah satu hal yang lumrah dan perlu kita syukiri.

2 – Sabar

Menjaga orang tua bukanlah satu perkara yang mudah. Semakin mereka berusia, semakin ‘keanak-anakan’ perilaku mereka. Ditambah pula apabila orang tua kita dalam keadaan sakit, lemah atau sangat memerlukan sokongan.

Ketika menjaga orang tua yang sudah lanjut usia, kita perlu sentiasa bersabar.

Lapangkan dada. Niatkan untuk mencari keredaan Allah SWT dan demi ibu bapa kita. Dengan hati yang tulus ikhlas, kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan hati yang tenang.  Dengan izin Tuhan, pekerjaan yang berat pun bakal menjadi mudah.

3 – Bertutur baik dan berlemah lembut

Orang yang sudah berusia mudah diserang penyakit kemurungan. Mereka mudah bersedih dan berkecil hati dengan hal-hal yang remeh-temeh. Diperlukan situasi yang harmoni dan agar ibu bapa kita merasa disayangi dan diperhatikan.

Apabila mereka sudah mengalami masalah pendengaran, janganlah berteriak dan bersuara keras terhadap mereka. Sebaiknya, dekatilah dan bercakap dengan nada yang bersesuaian. Janganlah sesekali membentak mereka, kerana ia bakal melukakan hati orang tua.

4 – Meluangkan masa

Temani orang tua kamu melakukan aktiviti yang disukainya. Layan hobi mereka. Jika mereka suka memasak, teman mereka di dapur. Jika mereka suka berkebun, bantu apa yang patut. Ia mampu membuatkan orang tuamu merasa dihargai. Ia membantu mereka terlepas dari cengkaman stres. Luangkan masa bersama mereka, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.

5 – Pantau kesihatan mereka

Pantau ubat-ubatan mereka dan ingatkan ibu bapa supaya bertemu doktor ketika memerlukan. Bawa mereka ke hospital jika ada janji temu bersama doktor. Selain itu, ingatkan mereka untuk mengambil ubat yang diberikan doktor dengan cara teratur.

Patahkan sebarang informasi-informasi salah atau mitos perubatan yang sering dibaca mereka di media sosial atau rantaian mesej palsu di WhatsApp. Terangkan kepada mereka fakta perubatan yang sebenar.

6 – Kasihi ibu bapa dengan setulus hati

Perlu diberi perhatian, keadaan mereka tidaklah sesihat dan sekuat sewaktu mereka muda. Semat dalam fikiran, kamu harus menjaga tingkah laku dan perlakuan serta mengamalkan sikap yang baik terhadap mereka.

Jangan sesekali meninggikan suara atau berkata ‘Ah!’ kepada mereka kerana mereka lebih sensitif pada usia lewat ini. Lagi-lagi jika ia datang daripada anak-anak mereka sendiri. Jaga hati mereka seperti kamu mahu anak kamu menjaga hati kamu.

Sayangilah ibu bapa kamu dengan perasaan ikhlas, sepenuh jiwa raga dan setulus hati. - Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 9 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

30 Peratus Mykid Siap Tidak Dituntut Ibu Bapa, Penjaga - Saifuddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengumpulan Ilmu Wajib Jadi Budaya Teroka Bina Otak Dan Watak - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN