web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Peratus Mykid Siap Tidak Dituntut Ibu Bapa, Penjaga - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 7:00AM

Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak, Mykid, yang telah siap di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), belum dituntut oleh ibu bapa atau penjaga, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, peratusan tersebut merupakan satu angka yang tinggi dan sehubungan itu meminta ibu bapa atau penjaga yang telah memohon MyKid supaya segera menuntutnya sebaik sahaja ia siap.

“Ini kerana MyKid mempunyai satu tempoh yang tertentu untuk mereka (ibu bapa atau penjaga) menuntutnya. Sekiranya ia tidak dituntut, ia akan dilupuskan dan ia merupakan satu kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kali ke-29 dan ke-30 di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di sini, semalam.

Pada masa yang sama beliau tidak menafikan rungutan bahawa berlaku kelewatan pemprosesan MyKid dan bagi mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Dalam negeri (KDN) telah melantik sebuah syarikat bagi membekalkan kad MyKid.

“Apabila berlaku proses ketidakcukupan (bahan untuk membuat MyKid) maka proses untuk mengeluarkan MyKid juga terjejas dan terganggu.

“Oleh itu, saya telah mengeluarkan arahan khusus agar masalah (lambat peroleh MyKid) berkenaan ditangani segera termasuklah mengadakan perbincangan dengan meminta syarikat terlibat agar mematuhi prasyarat perkara yang ditentukan ketika proses pemerolehan tender,” katanya.

Januari lalu, media melaporkan kekurangan mikro cip di peringkat global menjadi punca kelewatan pengeluaran MyKid diserahkan kepada pemohon.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh dilapor berkata masalah itu berlaku sejak pandemik COVID-19 lalu dan JPN menangguhkan sementara pengeluaran MyKid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

3

Semasa 7 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

4

Rencana 9 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka