web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 11:48AM

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau sebar hal tidak tepat kerana ia boleh mengganggu siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kes rogol membabitkan remaja bawah umur dalam kejadian di Jasin, Melaka, terutama selepas penahanan ibu kandung serta bapa tiri mangsa.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebarang spekulasi dibuat boleh mengeruhkan keadaan dan dikhuatiri mengganggu siasatan kes.

Justeru, katanya, tindakan tidak membuat spekulasi itu boleh menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Saya minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi atau sebar hal tidak tepat kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“Biarkan pihak polis jalankan siasatan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata, tangkapan terhadap ibu kandung dan bapa tiri mangsa sudah dilakukan susulan kes itu, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ujarnya, ketika ini, siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Ahmad Jamil berkata, pihaknya sudah memanggil beberapa saksi untuk dirakam keterangan, termasuk rakan lelaki dan ahli keluarga mangsa.

“Beberapa yang lain akan menyusul untuk tujuan sama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang lebih dua minggu dari rumahnya di Jasin, ditemui semula dalam keadaan selamat di Perak, Rabu lalu.

Pelajar Tingkatan Empat itu melarikan diri akibat trauma selepas dilaporkan dirogol bapa tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada 6 April lalu, jam 4.59 petang.

Susulan laporan itu, polis menahan lelaki terbabit bersama isterinya yang juga ibu kandung mangsa, selepas dipercayai terbabit dalam kejadian rogol anak perempuan mereka sejak tiga tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 36 dan 40 tahun, ditahan kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sejurus tiba dari Sabah. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka