web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Cara Mencegah Banjir Di Rumah Anda!

Sedia tangani sambil melindungi keselamatan diri dan keluarga sebelum rumah ditimpa bah.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 5:01PM

Gambar Hiasan, Alif Omar

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia diberkati dengan iklim tropika sepanjang tahun. Tanah bertuah ini bebas daripada bencana alam dahsyat seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Walaupun negara kita menikmati sinaran matahari sepanjang tahun, kita masih perlu menghadapi musim tengkujuh yang melanda setiap tahun.

Ditambah pula, Malaysia menerima taburan hujan yang sangat banyak dan sering mengalami ribut petir.

Purata hujan di Malaysia direkodkan pada kira-kira 2,000mm hingga 2,500mm setiap tahun, yang tertinggi di Asia Tenggara.

Disebabkan jumlah hujan yang sarat ini, banjir kilat dan banjur monsun kini menjadi satu kebimbangan utama di negara kita. 

Gambar Hiasan, Sairien Nafis
Gambar Hiasan, Sairien Nafis

Tahun lalu sahaja menyaksikan fenomena banjir besar-besaran luar biasa yang telah menjejas semua negeri di Malaysia. 

Menggemparkan negara, banjir kilat telah ‘menenggelamkan’ sebahagian besar Kuala Lumpur pada Mac lalu. Banyak kenderaan dan harta benda rosak akibat ditenggelami air.

Hujan yang sangat lebat menyebabkan air di sistem perparitan melimpah keluar dan mengakibatkan banjir kilat tersebut.

Dengan perubahan iklim dan pembangunan pesat, kesan ketara tentulah pada sosioekonomi dan keselamatan masyarakat.

Ia memaksa orang ramai untuk bersiap siaga dalam menghadapi banjir kerana fenomena banjir ini sudah tidak dapat dijangka lagi.

Sementara menanti pihak berkuasa bertindak, kita juga boleh memainkan peranan dalam mencegah dan mengurangkan kesan banjir pada kediaman, seperti di bawah:

#1 Bersih dan periksa sistem saliran

Sekatan dalam sistem perparitan merupakan antara punca utama banjir kerana air akan terkumpul dan tidak dapat mengalir.

Sangat penting untuk anda membersihkan sistem saliran di sekitar rumah dengan kerap bagi mengelakkan sampah dan dedaunan bertimbun lalu menyekat laluan saliran.

Anda juga boleh bekerjasama dengan jiran untuk memantau longkang di kawasan perumahan untuk memastikan kelancaran aliran air.

Jika ada yang tersumbat, hubungilah jabatan kerajaan yang berkaitan di kawasan masing-masing untuk proses pembersihan.

Sistem saluran dan pembetungan yang tersumbat akan menjejaskan aliran air, seterusnya menyebabkan masalah banjir ketika hujan lebat.

#2 Ikuti trend ‘bumbung hijau’

Green Roof atau bumbung hijau merupakan satu trend terbaharu, di mana bumbung dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang menyerap air hujan.

Konsep bumbung hijau ini telah menjadi popular di negara luar sejak beberapa tahun yang lalu kerana manfaatnya yang boleh dinikmati pemilik bangunan, komuniti dan alam sekitar.

Ia bertindak sebagai alat pengurusan air hujan semula jadi dan mengurangkan limpahan air sambil memperindahkan dekorasi kediaman anda. 

Namun, terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina bumbung hijau ini seperti struktur rumah untuk menampung bebanan tumbuhan.

Pastikan anda berunding dengan pakar industri pembinaan dan seni bina bagi memastikan ia selamat dan dapat memberikan faedah yang dijanjikan!

#3 Pasang sistem penapisan air

Air yang mengalir dari paip rumah anda, berkemungkinan besar telah tercemar akibat berlakunya banjir. 

Ini kerana apabila banjir, sampah, lumpur dan sisa pembetungan mungkin akan mengalir masuk ke dalam kawasan takungan atau telaga yang membekalkan keperluan air harian anda.

Menurut Pengurus Pembangunan Waterco, Koo Zao Cheong, memasang sistem penapisan air di rumah dapat membantu menyediakan air bersih dan selamat selepas banjir.

“Pencemaran air antara isu terbesar selepas banjir. Tanpa air yang bersih dan selamat, kesihatan kita akan terancam.

“Sistem penapisan air di rumah selalunya dipasang di tempat kemasukan air utama sebelum memasuki paip rumah, bermakna ia telah selamat ditapis,” jelas Koo. - Getaran, 8 April 2022

Gambar: Waterco Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Politik 1 tahun yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kempen Burukkan Nazlan, Cemari Nama Baik Badan Kehakiman

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Sedang Rangka Strategi Perkukuh Keterjaminan Makanan - Fadillah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN