web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbedaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Piliharan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan. 

“Insya-Allah tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi. 

“Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbedaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan negara yang dirosakkan oleh Langkah Sheraton dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau juga menyeru jentera pakatan itu untuk bersama-sama rakyat Selangor mempertahankan negeri itu pada PRN nanti daripada pihak yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan membangkit api perkauman demi keuntungan politik mereka. 

“Sebab itu kita mahu agar Selangor ini kita pertahankan bukan untuk saya dan wakil-wakil rakyat yang akan dipilih tetapi kita teruskan untuk kecemerlangan dan kemakmuran negeri,” katanya.

DUN Selangor secara rasminya dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.

Selain Selangor, turut bakal mengadakan PRN tidak lagi adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki