web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cegah Masalah Rahang Besar, UM Tawar Terapi ‘Protraction Headgear’

Masalah rahang bawah yang besar dalam kalangan kanak-kanak boleh dirawat seawal umur 10 tahun dan ke bawah.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 10:00AM

Rawatan pergigian Protraction Headgear, membantu kanak-kanak yang berdepan masalah rahang bawah besar. - Gambar dari Fakulti Pergigian UM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun memang sering berhadapan dengan masalah rahang bawah yang besar. 

Sehubungan itu, Universiti Malaya (UM) melalui Fakulti Pergigian telah menawarkan terapi ‘Protraction Headgear’ untuk membantu kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah ini. 

Pensyarah dan Pakar Ortodontik, Dr Lau May Nak berkata, Protraction Headgear adalah suatu alat yang dipasangkan di hadapan muka pada dahi dan dagu. 

“Bingkai besi yang menyambungkan kesemua bahagian Protraction Headgear, diikat dengan tali getah yang dicantumkan pula dengan pendakap gigi boleh laras pada gigi rahang atas.

“Ia perlu dipakai sekurang-kurangnya 14 jam sehari pada waktu malam untuk tempoh enam hingga 18 bulan. Semakin lama Protraction Headgear dipakai, semakin cepat rawatan tersebut.

“Pemakaian Protraction Headgear ini bertujuan untuk rawatan awal ortodontik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah rahang bawah yang besar.

“Permasalahan rahang bawah yang besar ini mengakibatkan gigi kacip bawah mereka tergigit di hadapan gigi kacip atas,” ujar Dr Lau.

Dr Lau May Nak - Gambar ihsan Fakulti Pergigian Universiti Malaya
Dr Lau May Nak - Gambar ihsan Fakulti Pergigian Universiti Malaya

Dr Lau turut berkongsi kajian penyelidik-penyelidik di United Kingdom yang mendapati terapi Protraction Headgear adalah sangat berkesan dan mencatatkan 70 peratus kejayaan.

“Kajian menunjukkan hanya satu per tiga kanak-kanak yang menerima rawatan awal terapi Protraction Headgear memerlukan rawatan pembedahan rahang semasa mereka dewasa.

“Manakala dua per tiga kanak-kanak yang tidak menerimanya memerlukan rawatan pembedahan lanjutan semasa mereka dewasa bagi merawat masalah tulang rahang yang besar.

“Dalam kata lain, mereka yang tidak pernah mencuba terapi Protraction Headgear sewaktu kecil mempunyai risiko 3.5 lebih tinggi untuk pembedahan rahang semasa dewasa,” jelasnya.

Menurut Dr Lau, rawatan awal terapi Protraction Headgear ini semakin dikenali pada hari ini kerana manfaat dan faedahnya iaitu mampu merawat gigitan songsang dan posisi tulang rahang.

“Sebelum terapi ini diperkenalkan, mereka yang mengalami masalah ini akan disyorkan untuk menangguhkan rawatan ortodontik sehingga pertumbuhannya terhenti di sekitar usia 17 tahun.

“Namun, terapi Protraction Headgear ini telah terbukti dapat mengurangkan risiko pembedahan rahang pada masa hadapan. 

“Jika anak anda mengalami permasalahan rahang bawah yang besar atau gigitan bersilang, terapi Protraction Headgear ini mungkin penyelesaian terbaik untuk mereka,” akhiri Dr Lau

Layari Fakulti Pergigian Universiti Malaya untuk maklumat lanjut. – Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN