web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Retak Di Tengah Jalan! Senarai Selebriti Berpisah 2021

Untuk Sorotan Getaran 2021 kali ini, kami kongsikan beberapa selebriti yang memilih untuk mengumumkan perpisahan pada tahun ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 11:01AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak semua perhubungan selamanya indah, adakalanya punah di tengah jalan. Itulah asam garam kehidupan. 

Tidak hanya berita mengenai perkahwinan para selebriti, malah cerita perpisahan juga antara topik yang menjadi tumpuan para warganet.

Tahun ini menyaksikan beberapa pasangan telah memilih membawa haluan berbeza. Berikut kami kongsikan beberapa selebriti yang memilih untuk mengumumkan perpisahan mereka dengan pasangan pada tahun ini.

 

Fiza Abdul Halim

Nampaknya jodoh Fiza bersama seorang juruterbang tidak berpanjangan selepas lima tahun berkahwin. Fiza diceraikan dengan talak satu melalui aplikasi Whatsapp pada Julai 2020 tetapi berita itu baru dikongsikan pada Mei tahun ini. 

Fiza tidak mendedahkan alasan mengapa mereka bercerai. Untuk rekod, ini adalah kali ketiga pelakon itu berkahwin dan berakhir dengan perceraian.

 

Siti Saleha 

Pelakon drama ‘7 Hari Mencintaimu’ ini memfailkan cerai ke atas suaminya Ahmad Lutfi Azhar kerana sudah tiada lagi persefahaman. Perkahwinan selama empat tahun itu ternyata tidak berkekalan lama namun Saleha reda dengan ujian ini.

Pada bulan Oktober, Saleha telah hadir ke mahkamah bagi kes sebutan penceraian dan prosiding ditangguhkan sehingga 17 Januari nanti. Mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan.

 

Mimi Haris

Penyanyi ini juga berdepan dengan ujian yang getir tahun ini apabila bahtera perkahwinan keduanya rebah walaupun baru beberapa bulan bergelar isteri.

Tindakan itu dapat dihidu apabila tiada lagi gambar mereka bersama-sama di Instagram.

 

Fizi Ali

Penyampai radio Fizi Ali mengambil keputusan bercerai setelah tiga tahun berkahwin. Berita itu dikongsikan Fizi menerusi Instagram miliknya.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak namun Fizi berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang untuk membesarkan anaknya, Ameena Sofia.

 

Yasmin Hani

Selepas 10 tahun hidup bersama, kini pelakon Yasmin Hani mengumumkan bercerai dengan suaminya dalam satu hantaran di Instagram. Menurutnya lagi, perpisahan itu dilakukan atas persetujuan dia dan bekas suaminya, Sha'arin.

Bukan itu sahaja, pasangan itu juga berjanji akan membesarkan dua orang anak mereka bersama-sama walaupun sudah berpisah.

 

Nadia Brian

Bercerai dengan talak satu, rumah tangga Nadia sebelum ini sudah pun diperkatakan oleh khalayak apabila bekas suaminya mendakwa pelakon itu curang.

Namun dakwaan itu ditepis oleh Nadia dan menganggap ia sebagai sebuah fitnah. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Aishah

Perkahwinan keempat Aishah nampaknya tidak bertahan lama apabila artis itu memaklumkan dia sudah berbulan-bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

Difahamkan, mereka juga sedang diambang perceraian dan Aishah sedang menunggu talak daripada suaminya.

 

Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah rupanya sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya Haris Idraki. Menerusi Instagram miliknya, dia sudah memfailkan cerai ke atas suaminya namun proses cerai tidak berjalan dengan mudah.

Mereka berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais.

Apapun keputusan yang diambil, sudah pasti ia untuk kebaikan semua. Diharap tahun hadapan akan memberikan kehidupan dan kebahagiaan yang lebih bermakna buat mereka. - Getaran, 28 Disember 2021

Gambar: Instagram setiap artis 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara