web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Scha Alyahya Hanya Guna Lampin Dari Turki Untuk Lyla 

Elak gatal dan ruam, Scha Alyahya dan Awal Ashaari pilih lampin Molfix untuk Lyla Amina.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 12:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari mengakui menggunakan lampin bayi jenama Molfix dari Turki untuk anak keduanya, Lyla Amina.

“Sebelum ini saya berpeluang ke Turki semasa mengandungkan anak pertama saya, Lara Alana. 

“Saya mula mengenali jenama lampin ini buat pertama kalinya ketika saya sedang berjalan di kedai serbaneka dan pasaraya di sana.

“Jenama ini merupakan antara jenama lampin bayi yang terkenal di Turki. Tambahan pula ia hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja,” ujar Scha.

Tambahnya, “Ia memang menarik minat saya. Apabila kami menimang cahaya mata kedua, Lyla Amina, kami berkesempatan mencuba lampin Molfix padanya.

“Lyla memakainya dan dia dilihat berasa amat selesa dan gembira walaupun ketika sedang aktif kerana lampin ini tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya.

“Ia membantu anak saya menjalani aktivitinya dengan baik. Perkara-perkata sebeginilah yang mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang,” akuinya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Pengeluar lampin berjenama kelima terbesar di dunia ini juga turut melantik pasangan selebriti ini sebagai duta jenama mereka.

“Saya amat berbesar hati kerana Molfix telah memilih saya dan suami, Awal dan juga anak saya, Lyla untuk mewakili jenama mereka di Malaysia.

“Saya merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kesempatan yang amat berharga ini,” ucap Scha teruja.

Mengulas mengenai keluarganya yang terpilih sebagai duta jenama Molfix, Awal Ashaari berkata, “Saya amat berbesar hati menyertai keluarga Molfix sebagai duta jenama mereka.

“Kami juga berpeluang melawat pusat kajian dan penyelidikannya yang terletak di Turki. Kami juga berpeluang untuk melihat setiap perincian pembuatan di fasiliti pembuatannya.

“Kami tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percayai. Justeru, kami yakin jenama ini memenuhi keperluan ibu bapa.

“Kami telah menemukan lampin bayi yang terbaik untuk anak kami,” akhiri Awal Ashaari. - Getaran, 19 April 2022

Gambar: Molfix 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Percaya Kepada Rezeki, Scha Alyahya Tidak Gusar Sokong Palestin

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dilabel Netizen Sebagai Antara ‘Rude Celebrity’ Di Twitter, Scha Alyahya Mohon Maaf Andai Pernah Bersikap Biadab

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara