web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilabel Netizen Sebagai Antara ‘Rude Celebrity’ Di Twitter, Scha Alyahya Mohon Maaf Andai Pernah Bersikap Biadab

Scha akui terkejut apabila namanya turut terpalit dalam senarai ‘rude celebrity’ yang menjadi ‘trend’ di Twitter. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 4:00PM

Scha terpalit 'trend' di Twitter mengenai pengalaman netizen berhadapan artis biadap dan paling mesra yang pernah mereka jumpa. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semena-mena, nama selebriti popular, Scha Alyahya turut terpalit dengan ‘trend’ di Twitter mengenai pengalaman netizen berhadapan dengan artis biadap dan paling mesra yang pernah mereka jumpa. 

Scha sewaktu diajukan soalan mengenai isu ini mengakui dia terkejut apabila mengetahui namanya turut berada dalam senarai artis yang ‘rude’.

“Sejujurnya saya terkejut dengan perkara ini. Mungkin secara sedar ataupun tidak saya pernah tidak senyum atau tidak tegur orang. Mustahil kita sebagai manusia tidak pernah buat salah. 

“Bagi saya untuk bersikap biadap itu sangat jauh sama sekali dengan diri saya. Saya memang seorang yang pantang dengan orang yang biadap. Saya paling tak suka orang yang biadap dan berlagak. 

“Kerana bagi saya kita semua sama sahaja. Jadi kalau ada yang pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan dengan saya, saya ingin mohon maaf. 

“Mungkin ketika itu saya tak ada mood atau sedang dilanda masalah. Maaf kerana membuatkan anda rasa kurang senang dengan sikap saya,” katanya ketika ditemui di majlis Bual Bicara Seminar Komunikasi Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 

Scha ketika menjadi sebahagian panel di majlis Bual Bicara Seminar Komunikasi Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Gambar Instagram
Scha ketika menjadi sebahagian panel di majlis Bual Bicara Seminar Komunikasi Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Gambar Instagram

Ditanya tentang pendapatnya terhadap ‘trend’ yang semakin rancak berlaku di aplikasi Twitter ini, kata Scha dia berharap agar netizen tidak terlalu taksub dalam membuka aib orang.

“‘Trend’ di Twitter ini adalah benda yang netizen suka main-main. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. 

“Cuma janganlah terlalu taksub sampai menjatuhkan hukum kepada orang lain. Kita perlu berhati-hati untuk bercakap atau melabel orang lain. 

“Kesannya mungkin bukan pada individu yang membuat tuduhan itu, Tetapi kepada orang yang kena. Berhati-hatilah dengam apa yang anda kongsi di media sosial,” ujarnya. 

Biarpun namanya terpalit dalam ‘trend’ yang membuka aib selebriti ini, namun masih ramai netizen yang menyangkal dakwaan bahawa Scha adalah seorang selebriti yang ‘rude’. 

Rata-rata mereka berkongsi pengalaman bahawa Scha adalah antara selebriti yang paling mesra melayan peminat dan tidak pernah bersikap sombong ataupun biadap. 

Bak kata Scha, artis juga manusia biasa dan bukannya robot. Mungkin ada hari yang diri mereka sedang dilanda masalah. Atau mungkin juga ia sekadar wajah mereka ketika sedang ‘resting b*tch face’. – Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Percaya Kepada Rezeki, Scha Alyahya Tidak Gusar Sokong Palestin

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Awal Ashaari Mula Dapat Tawaran Pertunjukan Fesyen Semula Selepas Susut 10 KG , Bakal Beraya Di Jepun Sekeluarga 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara