web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 6:13PM

Siti Nurhaliza ketika ditemui pada sidang media sempena persembahan eksklusif 'A Night To Remember' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin tidak menghalang sekiranya anak sulungnya ingin mengikut jejak langkah untuk menjadi seorang penyanyi pada suatu hari nanti.

Beliau bagaimanapun menzahirkan kebimbangan sekiranya Siti Aafiyah Khalid, 4, tidak mampu menempuhi cabaran dalam dunia seni, dan lebih gembira sekiranya kerjaya lain menjadi pilihan.

“Saya sendiri sudah mengharungi (cabaran) industri ini selama 26 tahun, saya bersyukur dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa, dan berjaya mengharunginya,” katanya pada sidang media sempena persembahan eksklusif konsert 'A Night To Remember' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

“Bagaimanapun sebagai ibu, saya risau anak saya mampu atau tidak, adakah nanti hanyut atau tidak, ini adalah kerisauan ibu bapa, namun, saya lebih gembiralah kalau dia memilih untuk menjadi businesswoman atau lain-lain,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respons berhubung sokongannya jika Siti Aafiyah memilih untuk menjadi penyanyi, susulan beberapa video tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan anaknya itu bernyanyi.

Penyanyi nombor satu negara itu berkata tidak mudah untuk menjadi seorang artis, dan ia tidak seindah seperti mana yang disangkakan orang ramai, namun menjelaskan beliau tidak menghalang jika itu menjadi pilihan anak perempuannya itu.

“Saya sebagai ibu kena beri sokongan, cuma dia ada pilihan apabila dewasa nanti, dan ibu bapa mesti mahukan anak dia kerjaya yang terbaik. Sudah tentu ayah dia mahu anak jadi businesswoman dan meneruskan perniagaan yang saya ada.

Sementara itu merujuk kepada konsert 'A Night To Remember' yang dijadualkan di Persada Johor pada 18 dan 19 November depan, Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tokti berkata beliau akan memastikan persembahannya nanti meninggalkan kenangan yang tidak mudah dilupakan oleh peminatnya.

“Dalam persembahan, saya tidak boleh lari daripada menyanyikan lagu-lagu hits saya dengan memberikan sentuhan yang berbeza,” kata beliau yang menjangka 20 lagu akan dipersembahkan pada konsertnya nanti.

Konsert yang turut membawa penampilan istimewa penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar itu disasar menghimpunkan 5,000 peminat Siti Nurhaliza, dan setakat ini kira-kira 35 peratus tiket konsert sudah ‘disambar’ peminat sejak ia mula dijual pada 4 Oktober, dengan harga tiket bermula daripada RM299.

Kali terakhir penyanyi tersohor itu menjayakan konsert di Johor adalah kira-kira 10 tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara