web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 8:33PM

Mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan untuk bedah siasat - gambar IPD Shah Alam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nyawa seorang suri rumah berakhir di tangan anak sendiri, apabila dia maut dipukul menggunakan tukul besi dan kasut keselamatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, insiden menyayat hati itu berlaku di Kampung Jawa, Klang pagi tadi.

Menurut beliau, anak durjana tersebut yang bekerja sebagai tukang gunting rambut ditahan di tempat dia bekerja pada jam 11.30 pagi. 

"Laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 9.45 pagi.

"Siasatan awal mendapati, satu perselisihan faham terlebih dahulu berlaku antara mangsa dan saspek yang berusia 33 tahun," katanya.

Mohd Iqbal berkata, saspek yang berang kemudian bertindak di luar kawalan apabila terus membelasah ibunya menggunakan tukul besi dan kasut keselamatan, sebelum melarikan diri.

"Mangsa yang berusia 56 tahun menetap di rumah itu bersama suaminya dan saspek.

"Saspek juga mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah, malah saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Beliau memberitahu, pemuda terbabit akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan  Salwani Samsudin di talian 013 - 2444234," katanya. - Getaran, 28 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka