web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dituduh Cuba Memperdajalkan Tomok Dengan Pilih Lagu Awas, Ini Respon Bob Yusof

Kecoh di media sosial apabila nama Bob menjadi mangsa kecaman netizen kerana memilih lagu Awas dari kumpulan KRU untuk dinyanyikan Tomok sehingga menyebabkan dia mendapat ulasan negatif dari juri.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 4:00PM

Bob (kiri) dan Tomok - Gambar oleh Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara mendapat komen negatif dari juri selepas menyampaikan lagu Awas dari kumpulan KRU, ramai peminat Tomok yang mengecam Bob Yusof. Ini kerana lagu 'Awas' yang dinyanyikan Tomok pada malam itu telah dipilih oleh Bob. 

Disebabkan itu, nama Bob menjadi sasaran peminat Tomok yang tidak berpuas hati apabila idola mereka dilihat tidak dapat membuat persembahan dengan baik sehingga dikritik pihak juri.

Gambar oleh Astro/AzrulRafie
Gambar oleh Astro/AzrulRafie

Mereka beranggapan bahawa Bob sengaja ingin memperdajal Tomok dengan memilih lagu yang tidak bersesuaian dengan vokalnya.

Menyedari namanya sedang menjadi bualan hangat netizen terutama peminat Tomok, Bob tampil memberikan penjelasan sewaktu sidang media sejurus tamat konsert minggu kesembilan. 

Menurut Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 41, lagu 'Awas' itu sebenarnya sudah berada dalam 'wishlist’ Tomok untuk dinyanyikan di pentas GV9.

Gambar oleh Astro/AzrulRafie
Gambar oleh Astro/AzrulRafie

“Seperti yang diberitahu Tomok, lagu itu memang ada dalam ‘wishlist’ dia. Kami cuma diberikan peluang untuk pilih lagu mana untuk mereka nyanyikan di minggu kesembilan. 

“Lagu-lagu dalam senarai itu saya tengok lebih kurang sama dengan lagu-lagu yang dia pernah nyanyi sebelum ini. Saya tahu Tomok ingin bawakan kelainan dalam setiap persembahannya. 

“Tomok telah berjaya membuat persembahan dengan bagus sewaktu menyampai lagu Backstreet Boys dulu. Konsep lagu 'Awas' ini hampir sama dengan lagu itu. Dan saya percaya daripada senarai itu, dia telah fikirkan apa yang dia nak buat. Takkan kita nak bagi senarai lagu yang kita tak nak ‘perform’. 

“Jadi kepada orang di luar sana, saya tahu anda semua marah. Saya mohon ampun dan maaf. Saya tak pernah ada niat untuk memperdajal sesiapa. Saya turut rasa serba salah, sebab hal ini turut terkait dengan nama saya. Saya turut dipersoalkan,” katanya.

Gambar oleh Astro/AzrulRafie
Gambar oleh Astro/AzrulRafie

Katanya lagi, di GV9 mereka semua saling menyokong di antara satu sama lain dan tidak pernah mempunyai niat untuk menjatuhkan sesama sendiri. 

“Kami semua peserta GV9 menyokong sesama sendiri. Kami berdoa sama-sama, solat sama-sama. 

“Daripada kita nak memperdajal orang, lebih baik kita sama-sama bangunkan diri kita. Kerana bagi saya semua yang ada di GV9 ini sangat hebat. 

Tiada istilah nak lawan peserta ini, nak lawan perserta itu kerana dia hebat. Masing-masing mempunyai kredibiliti tersendiri sebagai seorang penyanyi dan penghibur,” ujarnya. 

Gambar oleh Astro/AzrulRafie
Gambar oleh Astro/AzrulRafie

Sementara itu, Tomok turut memohon kepada orang di luar sana supaya tidak memarahi Bob kerana seperti yang diberitahu, lagu 'Awas' merupakan lagu yang ada di dalam senarai lagu yang ingin dinyanyikannya. 

“Bob tak salah langsung. Janganlah marah Bob. Kesian dia. Bob hanya pilih lagu yang memang sudah ada dalam ‘wishlist’ saya. Saya dengan Bob sangat baik,” katanya. 

Lebih menarik, kedua-dua mereka bakal digandingkan bersama untuk menyampaikan lagu duet 'Seniman Menangis' pada konsert separuh akhir nanti di mana setiap peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara solo dan duet. – Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Kru MT Pablo Tidak Ditemui Dalam Kapal

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pasal Isu Jeans Levi’s Dan Kerugian RM6,000, Ia Satu Pengajaran Buat Keluarga Saya - Tomok Harap Masyarakat Ambil Iktibar

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ogy Nak Menyanyi Lagu Miley Cyrus, ‘Comeback’ New Boyz Buat Peminat Histeria Di Konsert Jelajah Suria

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Ingin Bersama Tom Sampai Keluar Uban Saya, Sampai Akhir Hayat – Fuad Rahman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara