web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasal Isu Jeans Levi’s Dan Kerugian RM6,000, Ia Satu Pengajaran Buat Keluarga Saya - Tomok Harap Masyarakat Ambil Iktibar

“Saya anggap ini sebagai satu ujian, lagipun benda dah nak jadi dan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini,” Tomok.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 4:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya reda”, itulah reaksi penyanyi Tomok apabila disoal berkenaan insiden jeans Levi’s sehingga dia terpaksa membayar ganti rugi hampir RM6,000 disebabkan kerenah anak tersayang yang telah menumpahkan pengilat kuku pada pakaian berjenama di sebuah butik di ibu kota.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39,  kejadian tersebut berlaku secara tak sengaja namun dia reda apabila terpaksa membayar amaun berkenaan dengan membeli kesemua helaian baju dan seluar yang terkena bahan pewarna yang sukar ditanggalkan itu.

“Sebenarnya, saya terkejut. Itulah reaksi awal saya ketika kejadian itu berlaku. Mana tidaknya, setiap helai seluar yang terkena pengilat kuku itu semuanya mahal. Seluar jeans yang  ‘limited edition’ pula mencecah harga RM1,000 sehelai.

“Saya faham, anak saya baru berusia tiga tahun dengan tidak sengaja tumpahkan pengilat kuku di seluar dan baju itu.

“Kami suami isteri memang tidak perasan anak ada memegang pengilat kuku kerana dia bersama pembantu rumah dan isteri pula ketika itu mahu membayar harga seluar yang mahu dibelinya,” katanya kepada Getaran.

Menurut Tomok, insiden itu adalah satu pengajaran buatnya dan keluarga untuk lebih berhati-hati bila ke pusat beli-belah selepas ini.

“Saya anggap ini sebagai satu ujian, lagipun benda dah nak jadi dan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Jadi, pengajaran ini bukan untuk saya dan keluarga semata-mata, sebaliknya buat semua ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati ketika bawa anak-anak kecil keluar membeli-belah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti ini  berlaku.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa  peka terhadap gerak-geri anak-anak supaya mereka sentiasa di bawah pantauan kita,” tambahnya.

Bagaimanapun, Tomok turut berkongsi bahawa, dia bersyukur apabila empat helai seluar dan dua baju yang terkena tumpahan pengilat kuku secara tidak sengaja oleh anaknya itu sudah dibeli pengikutnya selepas dia membuat perkongsian video di Instagram.

Kata bekas juara One In A Million (OIAM) ramai rakan dan pengikutnya di Instagram yang menghantar Direct Message (DM) dan berminat untuk membeli seluar dan baju berkenaan.

“Alhamdulillah, saya sangat terharu dan bersyukur kerana empat helai seluar dan dua baju itu sudah habis dijual.

“Ramai rakan dan pengikut yang DM, selepas saya buat hantaran video kedua di Instagram dengan meletakkan secara terperinci harga RM800 untuk setiap seluar dan baju pula berharga RM300 dan RM250,” ujarnya.

Terdahulunya, Tomok terpaksa membayar ganti rugi hampir RM6,000 disebabkan kelakuan anak tersayang menumpahkan pengilat kuku pada pakaian berjenama di sebuah butik di ibu kota baru-baru ini.

Katanya, anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 merupakan ‘limited edition’ dan baju berharga RM899 dan RM499.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Ogy Nak Menyanyi Lagu Miley Cyrus, ‘Comeback’ New Boyz Buat Peminat Histeria Di Konsert Jelajah Suria

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dituduh Cuba Memperdajalkan Tomok Dengan Pilih Lagu Awas, Ini Respon Bob Yusof

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tomok Guna Duit Poket Sendiri Anjur Konsert New Boyz, Tak Sangka Tiket Habis Dijual Dalam Tempoh 24 Jam

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Munawwareen Tampil Koleksi Menawan Bertemakan 'Sempurnakan Hijrah Cinta', Pelihara Aurat Muslimah

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

Selebriti 1 hari yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 2 jam yang lalu

Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

oleh Wartawan Hiburan Getaran