web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengerikan Bila Tayar Melantun Akibat Letupan ‘Real’, Boy Pakorn Kongsi Tragedi Penggambaran ‘Lipgloss Spy’ 

Aktor Thailand ini memberitahu, dalam Lipgloss Spy ini, dia melakonkan watak Teerapat, iaitu bekas pegawai polis yang dipaksa menjadi pengintip.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 7:32PM

Pakorn Chatborirak atau Boy Pakorn - Gambar Instagram Boy Pakorn

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar drama Thailand pastinya sudah menonton drama terbaharu yang dibintangi Pakorn Chatborirak atau Boy Pakorn yang ditayangkan di platform Viu sejak 28 Oktober lalu.

Siri drama terbitan syarikat produksi BEC World kali ini tampil aksi penuh mendebarkan dengan elemen komedi gelap dan penyiasatan yang cukup sarat. 

Sesuai dengan tajuk drama ‘Lipgloss Spy’, watak-watak yang terdapat di dalam siri ini pastinya menampilkan sisi ‘penyiasatan’ mereka di dalam personaliti mereka.

Menurut Boy Pakorn selaku teraju utama, wataknya dalam ‘Lipgloss Spy’ adalah berlainan dan tidak pernah ditonjolkan dalam drama-drama lakonannya sebelum ini.

Boy Pakorn mengakui ‘Lipgloss Spy’ adalah sebuah drama yang mencabar kekuatan fizikal terutama dalam melakonkan babak-babak aksi cemas.
Boy Pakorn mengakui ‘Lipgloss Spy’ adalah sebuah drama yang mencabar kekuatan fizikal terutama dalam melakonkan babak-babak aksi cemas.

“Watak saya adalah sebagai Teerapat yang merupakan seorang bekas pegawai polis yang dipaksa menjadi ‘pengintip’. Watak ini menyerlahkan sisi diri saya yang belum pernah dipertontonkan.

“Saya juga turut mendapat persetujuan daripada pengarah untuk menzahirkan watak tersebut mengikut cara sendiri selepas berbincang dengannya,” katanya dalam satu sesi temu bual baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi ketika sesi penggambaran, dia mengakui ‘Lipgloss Spy’ adalah sebuah drama yang mencabar kekuatan fizikal terutama dalam melakonkan babak-babak aksi cemas.

Boy Pakorn memegang watak sebagai pengintip dalam 'Lipgloss Spy'.
Boy Pakorn memegang watak sebagai pengintip dalam 'Lipgloss Spy'.

“Sejujurnya, saya dia tidak pernah menjalani latihan khas sebagai persiapan untuk penggambaran. Bagaimanapun, aksi berlawan di set penggambaran telah diarahkan dengan baik dan selamat walaupun penggambaran babak aksi umpama sebuah  ‘perang melawan kepenatan’.

“Saya akui memang terlalu ‘penat’ untuk menghabiskan semua babak-babak aksi dalam drama ini. Walaupun pada awalnya ketika saya membaca skrip ini, ia dikatakan bergenre  ‘action-comedy’ namun drama ini lebih berat kepada aksi berbanding elemen sisi komedinya,” jelasnya.

Tambah Boy lagi, antara babak yang paling disukai adalah letupan ‘real’ yang dilakukan dalam drama ‘Lipgloss Spy’ ini.

“Bunyi letupan begitu dekat dengan telinga saya. Malah, sebuah tayar turut melantun ke atas bumbung disebabkan letupan itu. Ia benar-benar mengerikan,” ujarnya.

Ha, kalau nak tahu apa kelainan yang akan ditonjolkan oleh setiap pelakon yang terlibat? Jangan lupa saksikan ‘Lipgloss Spy’ yang sedang bersiaran pada setiap Jumaat dan Sabtu, hanya di Viu! – Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara