web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cef Wan Mula Jalani Kimoterapi

Cef Wan tidak alami sebarang alahan selepas selesai menjalani rawatan kimoterapi pada Selasa

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 7:12PM

Chef Wan sempat bergambar sebelum memulakan rawatan - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mendedahkan beliau menghidap kanser limfona peringkat awal beberapa hari lalu, Cef selebriti, Redzuawan Ismail atau Cef Wan telah pun memulakan rawatan kimoterapinya yang pertama dalam Selasa. 

Biarpun pun begitu, Cef yang terkenal dengan kelantangannya ini masih sempat bergurau menerrusi satu hantaran di akaun Instagramnya. 

“Sepuluh jam selepas terapi inmuno dan diikuti dengan rawatan kimoterapi, saya sudah kelihatan sepertii salah seorang pelarian di kem,” jelas Cef Wan.

Namun dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami sebarang kesejukan, demam, sakit kepala, ruam atau alahan daripada rawatan terbabit.

Bahkan, jururawat onkologi membuat pemantauan pada setiap 20 minit.

Gambar yang dimuat naik oleh Cef Wan di akaun Instagram miliknya - gambar Instagram
Gambar yang dimuat naik oleh Cef Wan di akaun Instagram miliknya - gambar Instagram

“Dia (jururawat) sangat lega kerana badan saya cukup kuat untuk menangani rawatan ini dan kimo setakat ini tanpa kesan sampingan. Saya habiskan semua hidangan makan tengah hari dan makan malam sihat yang disediakan oleh pakar diet walaupun lidah berasa pahit.” 

“Saya tidak mampu untuk menjadi cerewet jika badan saya memerlukan semua nutrien untuk melawan pertempuran ini. Fikiran saya memberitahu saya bahawa seluruh dunia mengikuti perjuangan saya dan saya perlu memberi inspirasi kepada mereka dan bersama-sama anda dan saya akan berjuang melalui ini,” kongsi Cef Wan. 

Dalam hantaran yang sama, bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini turut berkongsi berita yang membimbangkan apabila doktor turut memaklumkan ketulan yang berjaya dibuang pada pembedahan minggu lalu tumbuh semula dengan cepat. – Getaran, 9 Ogos 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia