web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Tahun Hidup Melarat, Nasib Ross Ariffin Kembali Terbela

Kehidupan Ross Ariffin mula melarat selepas dia jatuh sakit, dan hanya bergantung kepada sisa-sisa makanan di atas meja untuk meneruskan hidup

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 4:06PM

Ross Ariffin sewaktu zaman kegemilangan (kiri) dan keadaannya sewaktu masih bergelar gelandangan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasib Komposer Ross Ariffin atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil yang ditemui hidup melarat sebagai gelandangan akhirnya ternoktah selepas beroleh bantuan kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Ross yang berjaya ditemui di Melaka telah diberikan sebuah unit Program Penempatan Rakyat (PPR).

Menurut beliau, unit berkenaan diperoleh hasil bantuan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.

“Semasa melangkah masuk rumah PPR baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas tiga tahun menjadi gelandangan.

“Saya juga berbincang dengan pihak RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi Fadzil (kanan) mententeramkan Ross Ariffin yang tidak dapat menahan kesedihan - gambar Facebook
Fahmi Fadzil (kanan) mententeramkan Ross Ariffin yang tidak dapat menahan kesedihan - gambar Facebook

Fahmi berkata, satu pertemuan juga telah diatur dengan Pengarah Muzik dan pemain piano terkemuka, Datuk Mokhzani Ismail untuk merancang penerbitan lagu baharu yang boleh digubah oleh Ross.

“Ross nampak begitu bersemangat untuk kembali berkarya. Semasa bertemu, kami berbicara hati ke hati. Saya tersentuh dengan segala pengalaman pahit dan kesukaran yang beliau lalui. Namun, Ross masih punyai tekad dan iltizam yang kuat untuk kembali berkarya kerana minat yang cukup mendalam. 

“Saya dengar dengan teliti kata-kata beliau dan memberi semangat supaya tidak menyerah kalah dan terus berkarya kerana Ross punyai bakat yang sangat unik dan berupaya untuk kembali menjadi sebahagian daripada keluarga besar industri hiburan negara. Saya anggap ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya untuk membantu penggiat seni di negara kita,” katanya.

Terdahulu, kisah Ross yang hidup melarat menarik perhatian Fahmi, menyebabkan jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berusaha menjejaki komposer berkenaan.

Ross pernah mewarnai industri hiburan tanah air dengan deretan lagu popular ciptaannya didendangkan barisan penyanyi popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jacklyn Victor dan Fauziah Latiff.

Hidupnya mula berubah selepas jatuh sakit, malah terpaksa menjamah sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja demi meneruskan hidup.

Ross Ariffin memainkan piano buat pertama kali selepas tiga tahun - gambar Facebook
Ross Ariffin memainkan piano buat pertama kali selepas tiga tahun - gambar Facebook

“Buat pertama kali selepas tiga tahun menjadi gelandangan, Ross berpeluang untuk duduk di depan sebuah Grand Piano dan jari-jemarinya terus lincah meneroka papan kekunci. Saya sendiri berasa terharu melihat seorang komposer legenda melepaskan rindu bermain alat muzik.

“Selagi mana saya berperanan sebagai Menteri dan Kerajaan Madani masih mentadbir, percayalah bahawa kami akan berusaha sedaya upaya buat para seniman,” katanya.

Untuk info, Fahmi memberitahu, Ross sedang mencari sebuah keyboard baharu dan sedikit wang tambahan untuk memulakan kembali kehidupan. 

“Jom pakat ramai-ramai berikan angpow kepada Ross agar sama-sama meringankan beban, supaya beliau boleh terus berikan sentuhan magis kepada industri muzik tanah air. Boleh derma di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0410041100013234 (Roslan Ariffin bin Jamil),” katanya. - Getaran, 11 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

3

Selebriti 5 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

4

Selebriti 6 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara