web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suara Tyzo Bakal Berkumandang Di Sebuah Stesen Radio Mac Nanti

Menurut  Tyzo dia telah menerima beberapa tawaran daripada stesen  radio dan kini sedang menanti kontraknya bersama Suria FM tamat secara rasmi pada 9 Mac depan

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 5:12PM

Tyzo - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo mengakui dia ada menerima beberapa tawaran sebagai penyampai di stesen radio lain. Menurut jejaka berusia 47 tahun ini dia kini masih dalam pertimbangan untuk membuat pilihan terbaik.

"Benar memang ada beberapa stesen radio yang berminat untuk bekerjasama dengan saya.  

"Cuma saya masih belum ada kata putus kerana saya ingin adakan perbincangan lebih lanjut disebabkan kontrak saya bersama Suria hanya akan tamat pada bulan Mac nanti.

"Alhamdulillah mereka melihat kerja dan bakat saya. Bukan atas kapasiti peribadi. Mereka merasakan saya masih lagi relevan untuk bekerja di dalam industri penyiaran radio.

"Insya Allah dalam bulan Mac nanti saya akan pastikan suara saya kembali berkumandang di corong radio di salah sebuah stesen di Malaysia," katanya.

Ditanya tentang keadaannya selepas hampir sebulan meninggalkan konti Suria FM, kata Tyzo dia kini berasa lebih tenang.

"Saya rasa sangat tenang sekarang ini kerana saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Saya rasa saya bebas. Seronok juga rasa bila bebas sebab sudah hampir 20 tahun saya bekerja di bawah orang," kongsinya. 

Baru-baru ini juga Tyzo sempat bersiaran secara langsung di Tik Tok dan telah mendapat sambutan hangat daripada netizen. Sesi 'live' tersebut telah mendapat 3.4 juta tanda suka dan disaksikan lebih 130,000 penonton. 

"Alhamdulillah, sejujurnya saya sangat tidak sangka akan mendapat sambutan sehebat ini. Apa yang saya lalukan ini boleh dikatakan sebagai radio podcast Tyzo FM.

"Saya hanya lakukan untuk suka-suka sahaja. Tetapi tak sangka ramai yang buat panggilan. Malah ada pihak yang ingin menaja siaran tersebut. 

"Saya harap perkara ini berterusan kerana saya sangat cintakan bidang penyampaian radio," kongsinya. 

Selain radio, Tyzo juga dilamar oleh sebuah stesen televisyen untuk menjadi pengacara  bagi sebuah rancangan 13 episod tidak lama lagi. 

Terdahulu pada Januari lalu, nama Tyzo menjadi sebutan ramai selepas kontraknya bersama radio Suria FM ditamatkan lebih awal. Menurut Tyzo, kontraknya tidak lagi disambung selepas dia meminta kenaikan gaji sebanyak RM500.  - Getaran, 15 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara