web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pempengaruh Jepun, Navito Ajak Pengikut Lepak Makan Di Kuala Lumpur

Navito mengajak pengikutnya untuk sama-sama menjamu selera di Ken-chan Curry, Lot 10

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 1:06PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda salah seorang pengikut @navito_halal, pasti anda tahu pempengaruh dari Jepun ini sedang bercuti di Kuala Lumpur untuk menikmati pelbagai makanan popular di Malaysia serta halal.

Mempunyai pengikut lebih 600,000 di Instagram, Navito yang pernah menyambung pelajaran di Malaysia mendapat perhatian di kalangan pengguna media sosial kerana memperkenalkan tempat-tempat makanan halal di Jepun, biarpun dia bukanlah seorang muslim. 

Perkongsian Navito itu banyak dijadikan panduan atau rujukan rakyat Malaysia apabila berkunjung ke negara matahari terbit itu. 

Sempena kedatangan ke Malaysia kali ini, Navito mengajak pengikutnya di sini, khususnya yang berada di Lembah Klang untuk sama-sama untuk menjamu selera di Ken-chan Curry, Lot 10 pada 25 Februari ini, jam 1 tengahari. 

Tidak perlu buat tempahan, hanya datang dengan berbekalkan RM24 untuk menikmati set Navito Special Menu. 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Navita sepanjang berada di Kuala Lumpur, dilihat kehadirannya disambut baik oleh rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa dan keramahan.

Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila juga meluangkan masa membawa Navito menjamu selera di Plaza Damansara. 

Lebih menggembirakan ada keluarga yang menjemput dan mengajak Navito untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah di rumah. 

Mudah-mudahan perjalanan Navito untuk mengenali Islam dipermudahkan dan bertambahlah saudara baharu umat Islam. - Getaran, 23 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia