web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Bumi, Leonardo DiCaprio Sanggup Melabur Untuk Daging Lestari

Pelakon Hollywood ini menggunakan pengaruhnya untuk mengubah cara pengeluaran daging di dunia.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 2:37PM

Gambar: Mosa Meat

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan aktivitis terkenal, Leonardo DiCaprio mengumumkan pelaburan berskala besar untuk mentransformasikan cara pengeluaran dan penternakan daging komersial ke arah lebih lestari dan sejahtera demi alam sekitar.

DiCaprio turut dilantik sebagai penasihat di dua syarikat daging perintis tersebut iaitu Aleph Farms dan Mosa Meat. Kedua-dua syarikat ini berjaya menghasilkan daging burger dan daging stik yang dibangunkan secara klinikal daripada sel-sel lembu secara organik. 

DiCaprio berkata,  salah satu cara berkesan untuk mendepani krisis iklim ialah dengan cara mengubah sistem makanan. 

“Kedua-dua syarikat ini menawarkan kaedah terbaharu dalam mengisi ‘kepuasan’ dunia untuk permintaan daging, sementara menyelesaikan isu mendesak dalam industri penternakan haiwan.

“Saya berpuas hati menyertai sebagai pelabur dan juga penasihat, dalam masa yang sama mereka memperkenalkan pengolahan dalam menghasilkan daging ini kepada pengguna,” katanya.

Dengan permintaan daging yang dijangka meningkat 40 sehingga 70 peratus pada 2050, pengolahan dalam penghasilan daging menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk mengurangkan kesan negatif kepada industri penternakan. 

Tambahan lagi, daging lestari yang diolah ini boleh dinikmati dengan kualiti daging komersial yang sama. Analisa menjangkakan pasaran daging lestari akan mencapai USD$25 juta pada 2030 dan menjadi sebahagian daripada transformasi protein yang luas. 

Menurut kajian Life Cyle, daging lestari dijangka akan mengurangkan kesan iklim sebanyak 92 peratus, pencemaran udara sebanyak 93 peratus dan menggunakan 95 peratus kurang tanah serta 78 peratus kurang air berbanding kebiasaan yang digunakan oleh industri. 

Pengeluaran daging lestari menawarkan peluang untuk ladang yang digunakan sebelum ini bagi tujuan penghutanan semula, di mana ia bakal mengurangkan kadar pelepasan pencemaran. Ia turut menawarkan makanan semulajadi tambahan untuk manusia. 

Penghasilan daging lestari melalui proses steril (terpelihara daripada kuman) pula menyingkirkan keperluan antibiotik. Ia mengurangkan risiko jangkitan, patogen dan penyakit bawaan makanan yang selalunya berkait rapat dengan industri penternakan haiwan. - Getaran, 27 September 2021

Sumber dan gambar: Aleph Farms  dan  Mosa Meat 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN